SEARCH

Industri Filem Indonesia Semakin Meriah, “Jilbab Traveller” Menampilkan Bunga Cinta Lestari Sebagai Pemeran Utama

Industri Filem Indonesia Semakin Meriah, “Jilbab Traveller” Menampilkan Bunga Cinta Lestari Sebagai Pemeran Utama

bcl stailmy jilbab traveller

Syarikat produksi, Rapi Films mengangkat novel karya Asma Nadia, Jilbab Traveler: Love Sparks in Korea sebagai naskhah layar lebar. Filem yang bakal ditayangkan bersempena sambutan Lebaran nanti menampilkan bintang utama filem My Stupid Boss, Bunga Cinta Lestari sebagai pemeran utamanya. Film ini disutradarai Guntur Soeharjanto dengan lakonan bersama Morgan Oey, Giring Ganesha (Nidji), Indra Bekti dan bintang legenda Dewi Yull.

“Ini menjadi sebahagian filem Indonesia yang akan ditayang serentak di hari Lebaran nanti. Indonesia akan menayangkan lima filem lokal dan satu kebanggaan ketika filem Jilbab Traveler menjadi salah satu bahan hiburan lebaran nanti,” kata Guntur Soeharjanto selaku sutradara filem Jilbab Traveler menerusi laman web Bintang.Com.

Jilbab Traveler menceritakan kisah wanita berhijab, Rania (BCL) yang menuntut ilmu hingga berpetualang ke Korea. Banyak rintangan yang dihadapi selama di Korea dan kemudian ia bertemu dengan Hyun Gen (Morgan Oey). Salah satu yang menarik daripada petikan trailer yang dilancarkan ini adalah keindahan muka bumi Korea dan beberapa daerah Indonesia seperti Baluran dan Kawah Ijen turut menjadi landskap indah filem ini.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE