SEARCH

IT Chapter 2: Beza Watak Dewasa Vs Muda, Harus Tahu

IT Chapter 2: Beza Watak Dewasa Vs Muda, Harus Tahu

Seperti IT yang pertama, IT Chapter 2 menjelajahi 27 tahun setelah hantu badut bernama Pennywise the Clown mengganas dan menghantui pekan kecil Derry, Maine. Filem kesinambungan ini akan menampilkan watak-watak dewasa ‘The Loser Club’ (Persatuan Pecundang) dan bagaimana mereka kembali ke Derry untuk membunuh badut jahat yang kejam ini.

The Loser Club masih lagi dianggotai oleh 7 sahabat derry, antaranya; Bill, Eddie, Richie, Uris, Ben, Mike & seorang gadis, Beverly Marsh.

Sebelum kamu menonton di pawagam berdekatan, ada baiknya jika kamu menyemak semula daftar senarai dan mengenali watak-watak dewasa VS watak-watak kanak-kanak di dalam filem seram membunuh ini, agar kamu lebih memahami dan tidak keliru sepanjang menonton IT Chapter 2 nanti, seperti yang tertera:

IT CHAPTER 2: PERBANDINGAN WATAK DEWASA VS KANAK-KANAK

BILL DENBROUGH

Watak kanak-kanak dimainkan oleh Jaeden Lieberher, ketua ‘The Loser Club’. Sementara watak dewasa dimainkan oleh James McAvoy. Tepukan wajar diberi kepada kedua-dua pelakon ini kerana berjaya membawa watak Bill Denbrough yang gagap dengan baik sekali.

Sebelumnya, ada ura-ura menyatakan Jake Gyllenhaal yang akan menyandang watak Bill, namun saya rasakan pemilihan James McAvoy lebih tepat kerana dia lebih persis Jaeden versi dewasa. Lihat sahaja bentuk kepala, telinga dan rahang mereka.

 

BEVERLY MARSH

Sophia Lillis memegang watak sebagai Beverly Marsh versi kanak-kanak. Sejak pengumuman IT Chapter 2 lagi, pengarah, Muschietti sudah mengesahkan watak dewasanya akan dipegang oleh Jessica Chastain.

Jessica mungkin perlu menambah solekan jeragat di wajahnya, selain itu she’s good to go!

 

BEN HANSCOM

Siapa sangka watak Ben yang temban dan comel ini akan dimainkan oleh Jay Ryan pabila dia dewasa? Ben kanak-kanak dipegang oleh Jeremy Ray Taylor. Walaupun berbezaan fizikal yang begitu ketara, tetapi saya melihat bentuk muka dan wajah mereka memang saling tidak tumpah. Ia masih realistik. Sesiapa sahaja boleh berubah berat badan, bukan?

 

EDDIE KASPBRAK

Jack Dylan Grazer memegang watak budak menggelabah yang selalu ditimpa penyakit. Watak dewasa pula dimainkan oleh James Ransone. James pun tidak asing dengan filem seram. Dia pernah membintangi ‘Sinister’ (2012) dan ‘Sinister 2’ (2015), jadi tiada masalah untuk dia berlakon dalam IT Chapter 2.

 

RICHIE TOZIER

Si mulut becok ini dilakonkan dengan baik sekali oleh Finn Wolfhard. Watak Richie versi dewasa pula dilakonkan oleh Bill Hader. Ia padanan yang setanding! Bill dan Finn memang terkenal dengan personaliti lawak dan lucu. Lagi pula, muka Bill saling tak tumpah dengan Finn. A match made in heaven.

 

STAN URIS

Andy Bean akan melakonkan watak Stan Uris dewasa. Uris adalah watak yang penting dalam ‘The Loser Club’. Dia bertanggungjawab mengusir Pennywise ke dalam pembetungan semasa filem pertama, walaupun dalam keadaan takut. Watak kanak-kanak dimainkan oleh Wyatt Oleff.

 

MIKE HANLON

Watak terakhir dalam ‘The Loser Club’, Isaiah Mustafa akan memegang peranan sebagai Mike Hanlon versi dewasa. Dia sanggup terus tinggal menetap di Derry, memantau kalau-kalau badut jahat yang boleh berubah bentuk ini kembali menghantui pekan kecil kesayangan mereka. Isaiah pun persis Chosen Jacobs (watak kanak-kanak) versi dewasa.

 

IT: PENNYWISE THE CLOWN

Dan akhirnya, selamat kembali Bill Skarsgård sebagai Pennywise the Clown! Hantu badut jahat yang menyeramkan, yang tinggal di dalam kawasan pembetungan pekan kecil Derry. Siapa sangka aktor kacak ini pandai menjiwai Penny? The one and only Bill Skarsgård.

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE