SEARCH

Raikan Cinta Dengan 45 Lagu James Blunt Live in Malaysia

Raikan Cinta Dengan 45 Lagu James Blunt Live in Malaysia

James Blunt terkenal seluruh dunia berkat album ‘Back to Bedlam’, yang mengandungi lagu mendunia seperti “You’re Beautiful” dan “Goodbye My Lover”, pertama kali melakukan persembahan di Malaysia!

Siapa lah yang tidak mengenali lagu “You’re Beautiful”, bukan? Album ini terjual lebih 11 juta salinan di seluruh dunia, menjuarai carta Album UK dan antara album yang terlaris di England pada 2000.

Kejayaan ini turut menganugerahi penyanyi lelaki merangkap penulis lirik berusia 44 tahun ini penghargaan terbesar dalam kariernya, merangkumi dua British Awards, MTV VMA, Ivor Novello Awards dan lima pencalonan Grammys.

Dengan kejayaan album pertama, James Blunt terus mengorak tiga lagi album bertaraf platinum seperti “All The Lost Souls”, “Some Kind of Trouble” dan “Moon Landing”.

Dia melepaskan album studio kelima, “The Afterlove pada Mac 2017 yang lalu. James Blunt sendiri berkolaborasi bersama penyanyi-penyanyi berbakat yang lain seperti Ed Sheeran, Ryan Tedder dari One Republic dan Johnny McDaid dari Snow Patrol.

Single pertama bertajuk “Love Me Better” ialah lagu baru dia yang bernafas segar, hasil garapan rumah produksi milik Ryan Tedder yang moden, digabungkan pula bersama lirik yang melankolik, sentuhan klasik dari Blunt sendiri.

Buat masa ini, James Blunt sedang menjalani kembara muzik “The Afterlove World Tour” di seluruh Eropah dan negara-negara Asia termasuk Malaysia.

Jadi, jangan lepaskan peluang menonton James Blunt secara langsung di Malaysia pada 25 Mac 2018 (Ahad), jam 8 malam dan bertempat di Dewan Wawasan Menara PGRM, Kuala Lumpur.

Tiket mula dijual sedari harga RM122 (termasuk RM4 caj perkhidmatan) dan boleh di beli di atas talian di laman tiket rasmi berikut:  http://www.BuyTickets.com.my/ 

Nah dengarkan juga senarai main Spotify, lagu terbaik nyanyian James Blunt sebelum kamu menonton James Blunt Live in Malaysia 2018, hujung minggu ini 🙂

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE