SEARCH

Japan Expo Malaysia 2017 Menukar Bukit Bintang Menjadi Shibuya

Japan Expo Malaysia 2017 Menukar Bukit Bintang Menjadi Shibuya

Pavilion Kuala Lumpur (PavilionKL) bakal berubah wajah dengan penganjuran Japan Expo Malaysia 2017 (JEMY 2017) yang berlangsung pada minggu hadapan selama tiga hari bermula dari tanggal 28 (Jumaat), 29 (Sabtu) dan 30 (Ahad) Julai 2017.

Festival adibudaya Jepun terbesar yang dianjurkan buat pertama kali di Bukit Bintang, Malaysia ini merangkumi persembahan-persembahan budaya, pameran seni dan anime (animasi Jepun), peragaan fesyen, muzik dan filem serta makanan, kembara dan persembahan eksentrik yang lain secara langsung.

JEMY 2017 juga bertepatan dengan Tokyo’s Street yang sudah pun memasuki tahun keenam penganjuran di PavilionKL. Rayakan pengalaman hujung minggu kamu dengan all-Japanese products/services di bawah satu bumbung, bukan sahaja hanya di PavilionKL malah menyebar hingga ke Fahrenheit 88.

Japan Expo Malaysia 2017 1
“Muslima Fashion Show” Oleh Otousagi

 

Paling istimewa, ikon budaya pop sensasi yang sempat tular seluruh dunia, PIKOTARO (Daimaou Kosaka) juga turut membuat penampilan di JEMY 2017. Ini penampilan kali pertama dia di Malaysia, jadi jangan lepaskan peluang berjumpa dan bersalaman dengan penyanyi “Pen-Pineapple-Apple-Pen” (PPAP) yang lucu dan terkenal ini.

Ada juga persembahan-persembahan istimewa yang lain seperti Shigeru Matsuzaki, Maito, Ryima Quartet, Naomichi Hanazono, Haruka Yamashita dan Reon Kurosaki. Barisan artis remaja dan berkumpulan pujaan golongan milenial ini pasti membangkitkan suasana Jpop yang ceria.

Di seberang bangunan pula, Fahrenheit 88 akan menganjurkan lebih 15 pojok yang menyajikan pelbagai promosi, makanan dan pelajaran tentang budaya Jepun. Terdapat juga pojok yang khusus untuk pengajian universiti, sesuai sekiranya kamu ingin melanjutkan kuliah di Jepun. Alang-alang sudah berada di Fahrenheit88, lajakkan kaki ke ISETAN The Japan Store yang terletak di bangunan LOT10.

Japan Expo Malaysia 2017

Bayangkan Bukit Bintang bertukar menjadi Shibuya, JEMY 2017 sememangnya medan terbaik buat kamu merasakan sendiri pengalaman seperti berada di negara matahari terbit ini. Layari laman sesawang rasmi www.japanexpomalaysia.com atau www.pavilion-kl.com untuk keterangan dan maklumat lanjut.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE