SEARCH

Jennifer Lawrence Seksi Membunuh Sebagai ‘Red Sparrow’

Jennifer Lawrence Seksi Membunuh Sebagai ‘Red Sparrow’

Selepas melihat segalanya yang dia harungi di dalam filem Mother!, saya yakin tiada apa yang Jennifer Lawrence tidak boleh lakonkan. Terbaru, Lawrence akan menyarung pula sepatu balet sambil menghabisi musuh dalam Red Sparrow.

RED SPARROW BY STAIL.MY 1

Memegang watak sebagai Dominika Egorova iaitu bekas penari balerina yang terpaksa menjadi pengintip rahsia untuk negaranya, Rusia. Dia didaftarkan ke program ‘Sparrow’, di mana tugasnya menggoda seksi, memperdaya (ke bilik hotel) dan membunuh individu-individu yang dikenal pasti sebagai musuh negara.

Sebagai balasan khidmat negaranya itu, Dominika akan mendapat bantuan kewangan bagi menampung perubatan ibunya yang sedang sakit tenat. Sekian ramai sasaran yang masuk ke jerangkap, akhirnya Dominika jatuh hati dengan ejen CIA dari USA bernama Nathaniel Nash (Joel Edgerton).

RED SPARROW BY STAIL.MY 2

RED SPARROW BY STAIL.MY 3

Ia kisah cinta klasik. Pertembungan jiwa antara Amerika dengan Rusia. Hubungan cinta terlarang antara DUA EJEn rahsia. Mampukah Dominika menidakkan kata hati? Siapa yang dia harus selamatkan? Sang ibu atau kekasih? Atau Rusia?
Red Sparrow adalah filem adaptasi novel dengan judul yang sama nukilan Jason Matthews. Menggoda tapi bahaya, Dominika akan menari sambil beraksi di layar panggung wayang seluruh dunia, tanggal 2 Mac 2018.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE