SEARCH

Pemegang Sarjana Biologi, Kenali Si Pintar Berjiwa Muzik, Jeremy Zucker

Pemegang Sarjana Biologi, Kenali Si Pintar Berjiwa Muzik, Jeremy Zucker

#StailMYEksklusif 5 Soalan Bersama Jeremy Zucker

Menamakan Mac Miller dan Blink 182 sebagai dua inspirasi terbesarnya, kamu tahu dia seorang penyanyi yang harus didengari. Jeremy Zucker, penyanyi dan penulis lagu asal New Jersey ini baru sahaja berusia 22 tahun, tetapi lagu-lagu lawan arusnya sudah ‘mengalir’ lebih daripada 250 juta mainan (buat masa ini) di semua platform muzik digital seluruh dunia.

Jeremy mula bermain piano dan gitar sedari usia muda. Menariknya dia mula menghasilkan lagu sejak di bangku sekolah rendah lagi. Mula terkenal dan ‘discovered di SoundCloud sama seperti Khalid, bakat Jeremy tidak hanya terbatas di bidang muzik, dia juga berjaya menggenggam Sarjana Biologi Molukel di usia yang sangat muda. Talk about multi-talented!

Saya sempat bertemu Jeremy Zucker di belakang pentas The Bee @ Publika sempena konsert jelajah #AnythingAnyWhere Asia Tour. Berbicara soal…

Pemegang Sarjana Biologi, Kenali Si Pintar Berjiwa Muzik, Jeremy Zucker

 Talk is overrated, let’s just vibe!

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by STAIL.MY (@stail.my) on


1 – Selain bergelar artis, kamu juga memegang Sarjana Muda Biologi Molukel dari Colorado College. Mengapa dan apa yang membuatkan kamu memilih jurusan sains yang sangat bertentangan dengan jurusan seni atau muzik?

Pemegang Sarjana Biologi, Kenali Si Pintar Berjiwa Muzik, Jeremy Zucker graduated

Membesar, keluarga saya menghargai pelajaran tetapi mereka tidak pernah meletakkan tekanan terhadap sebarang keputusan akademik yang saya perolehi. Mereka tidak pernah ‘menekan’ saya untuk belajar. Saya rasa saya sendiri yang ‘beria’ untuk memperolehi keputusan cemerlang.

Di sekolah tinggi, ada seorang guru sains yang sangat saya hormati. Dia inspirasi buat saya mengambil keputusan untuk meneruskan pengajian tinggi dalam bidang ini. Dia mengajar saya mengguna ‘otak’ untuk biologi, evolusi dan perkara-perkara sains yang lain, sehinggakan membuat saya amat tertarik dengan bidang perubatan.

Melangkah ke universiti, saya mendalami dan mempelajari bidang perubatan dan biologi kerana semasa itu saya fikir mungkin saya boleh menyambung pengajian di sekolah perubatan setelah bergraduasi nanti. Ketika itu, ia lebih realistik untuk saya menjadi doktor.

Takdir menentukan, saya cinta muzik.

 

2 – Transisi dari bidang perubatan kepada bidang muzik? Dan mengapa kamu memilih muzik?

Ia agak mudah (ketawa). Saya bukanlah bekerja sepenuh masa sebagai doktor yang perlu mencari penyelesaian untuk membuat muzik.

Saya menandatangani kontrak muzik dengan rumah rakaman, setahun sebelum saya bergraduasi. Dan tahun itu juga, saya berupaya menghabisi tahun yang tergetir sepanjang tempoh pengajian saya. I was ok.

Saya harus bergraduasi. Saya sudah boleh melihat ke mana arah tuju dalam karier muzik saya. So I just graduated and go full speed ahead.

3 – Bercakap soal muzik, kamu mengangkat Mac Miller dan Blink 182 sebagai idola dan inspirasi terbesar. Apakah mereka mempengaruhi muzik kamu?

Buat masa sekarang, tentu sahaja lebih cenderung kepada Mac Miller berbanding Blink 182. Sungguh pun Mac Miller banyak mempengaruhi penghasilan muzik saya, Blink 182 tetap sahaja memberi saya inspirasi untuk menulis lagu dan bermain gitar.

Oleh kerana itu, saya berupaya untuk memanipulasi sebarang muzik dan membuat ia sebagai tanda muzik saya. Dari situ, saya mula menulis lagu-lagu tetapi dengan struktur penulisan seperti Blink 182.

Sebenarnya saya pernah berangan untuk menjadi the next white rapper (ketawa).

 “Tak akan kembali ke bidang sains. I will stay creative” – Jeremy Zucker

4 – Pernahkah mengalami kesukaran untuk hala tuju muzik kamu?

Tidak kerana saya menghasil dan menulis sendiri lagu-lagu saya.

Terdapat ramai artis yang mengalami kesukaran mencari ‘suara’ mereka. Mungkin kerana mereka tidak menghasilkan muzik mereka sendiri atau tidak mempunyai kuasa untuk menentu hala tuju.

Oleh kerana saya mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap muzik saya, saya mampu menetapkan nilai estetika pada bunyi dan boleh pilih apa saja irama yang harus diterbitkan.

5 – Ceritakan sedikit sebanyak tentang single kamu, ‘Comethru’. Dan apakah terdapat makna tersembunyi di sebalik lagu ini?

Ia sebuah lagu yang telus dan sangat berterus-terang. Mungkin makna tersembunyi untuk lagu ini adalah sewaktu kehidupan saya semasa saya menulisnya. Saya menetap di kediaman ibubapa setelah bergraduasi. Mengharapkan boleh berpindah ke bandar dan memulakan kehidupan baru.

Saya menulis lagu ini di bahagian bawah tanah rumah mereka. Menulis dan mengadun lagu. Tidak ada masa untuk bertemu rakan-rakan. Saya kepenatan. Sesungguhnya saya mahu meneruskan fasa seterusnya dalam kehidupan saya sebagai seorang artis. Dan melakukan perkara-perkara yang saya mahu lakukan.

Saya menulis ‘Comethru’ bagi menghargai momen-momen tersebut dan juga mahu menetapkan pemikiran baru untuk saya berasa senang dengan diri saya sendiri. My song is about my life. It always been.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE