SEARCH

Discover 10 Tattoo Seksi Di Badan Joe Jonas!

Discover 10 Tattoo Seksi Di Badan Joe Jonas!

Semenjak Jonas Brothers hiatus dari 2013, Joe Jonas – abang yang paling adorable antara ketiga-tiga Jonas – sudah pun melalui banyak evolusi. Evolusi yang diperkatakan di sini adalah tentang koleksi cacahan tatu yang melebihi 20 bentuk di seluruh anggota tubuhnya.

Bagi kamu yang tidak tahu, penyanyi lelaki yang baru sahaja menganggotai semula kumpulan Jonas Brothers ini mempunyai tatu sebanyak itu, kamu tidak keseorangan. Berdasarkan faktor saiz dan kehalusan, memang sukar untuk mengesan tatu-tatu ini.

Adik-beradik lelakinya yang lain mungkin tidak dapat mengejar bagi menewaskan hobinya itu kerana Joe Jonas menghabisi tujuh tahun masa hidupnya, memperolehi dan mengumpul koleksi ‘dakwat kekal’ ini di susuk tubuh seksi nya ini.

Justeru, berikut saya sertakan 10 tatu milik Joe Jonas yang menarik & mempunyai makna tersendiri, seperti di bawah:

 

HELP ME, HELP YOU

Dua ribu dua belas, setahun sebelum Jonas Brothers mengumumkan hiatus mereka dari industri muzik, Joe mendedahkan tatu pertamanya berupa simbol ‘Adinkra’ yang melambangkan ‘kerjasama’. Joe menulis kepsyen di Instagram dengan terjemahan simbol dari Afrika Barat ini, “Bantu Saya Membantu Kamu’.

 

ROPE KNOT

Joe menambah tatu ‘pintalan tali’ ini di lengannya beberapa bulan kemudian di tahun yang sama. Dia memperlihatkan tatu ini di Instagram pada Disember 2012, menerangkan dalam kepsyen tentang rekaan tatu ini yang melambangkan keluarga Jonas.

“Dua tali (ibu dan bapa) menghasilkan empat penghujung (4 adik beradik).”

 

TRIANGLE

Januari 2016, Joe mendapat tatu pertama dari Kanada hasil cacahan artisan tatu terkenal asal Toronto, Curt Montgomery. Dalam satu temuramah bersama Rolling Stone, Joe memberitahu maksud tatu ini simbolis kepada ketiga-tiga adik beradik lelakinya.

 

CAKE

Hampir dua tahun setelah Jonas Brothers berpisah buat sementara, Joe dan kumpulan muzik terbarunya, DNCE melepaskan lagu debut mereka yang bertajuk “Cake by the Ocean”. Jika dilihat dengan teliti, garisan dalam tatu kek ini berupa ombak.

 

SANSA STARK LOOK-ALIKE

2018, Joe kembali mencacah lengannya. Peminat mula mengaitkan tatu ini dengan gambaran Sansa Stark, watak dalam ‘Game of Thrones’ yang dimainkan oleh Sophie Turner. Joe menyangkal dakwaan itu dan berkata imej wanita dalam tatu itu hanyalah lakaran Montgomery semata-mata.

“Ia hanya gambar yang tiada apa-apa”, ungkap Joe kepada media Hollywood. “Tiada sesiapa, tetapi di masa mendatang mungkin saya akan beri nama kepadanya. Buat masa ini, dia (imej wanita) kekal misteri,” ungkapnya yang masih lagi belum berkahwin dengan Turner sewaktu itu.

GRANDFATHER POTRAIT

Walaupun secara teknikalnya ia bukan tatu sepadan, kedua-dua Joe dan Turner memiliki tatu yang didedikasikan kepada mendiang datuk mereka. Tatu kepunyaan Turner berupa ‘G’ di jarinya, sementara Joe adalah tatu potret datuknya di lengan.

 

FALCON

Ogos 2018, Joe menambah satu lagi rekaan tatu di lengannya: seekor helang yang dicacah oleh artisan LA, Daniel Winter.

 

TO INFINITY & BEYOND

Turner dan Joe mencacah tatu sepadan kedua sempena setahun pertunangan mereka. Kedua-dua mereka mencacah petikan dari Toy Story, “To Infinity & Beyond” di pergelangan tangan mereka.

 

MR BLUE SKY LYRICS

Tatu pertama Joe pada 2019 ialah lirik Mr. Blue Sky nyanyian Elektric Light Orchestra. Tatu ini terletak di atas bahagian siku Joe. Joe tidak pernah menerangkan makna di sebalik tatunya yang satu ini. Saya agak mungkin ia pengalaman tidak enak yang pernah dilalui Joe kerana kedudukan tatu ini yang agak janggal.

 

WALDO TRIBUTE

Tatu terbaru. Selepas kematian anjing kesayangan Turner bernama Waldo, pasangan ini mendapatkan tatu sepadan buat kali ketiga. Joe memuat-naik foto tatu ini dengan kepsyen, “R.I.P my little angel”.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE