SEARCH

Jumanji 2017 Memberi Penghormatan Kepada Alan Parrish, Watak Utama Yang Dimainkan Oleh Robin Williams

Jumanji 2017 Memberi Penghormatan Kepada Alan Parrish, Watak Utama Yang Dimainkan Oleh Robin Williams

Hey 90s kids, this one is for you. Masih ingat Jumanji (1995)? Filem permainan terkenal yang sangat aneh dan mendebarkan? Jumanji 2017 pula hadir hujung tahun ini dengan nama baru yang berjudul “Jumanji: Welcome to the Jungle”.

Jack Black selaku antara bintang utama Jumanji 2017 mendedahkan filem ini memberi penghormatan kepada mendiang Robin Williams (1951-2014), yang meninggal dunia akibat membunuh diri pada Ogos 2014 di usia 63 tahun.

Penghormatan ini jatuh tepat pada waktunya berikutan watak Robin Williams sebagai Alan Parrish yang terperangkap selama 22 tahun dalam permainan Jumanji ini, “Kami menjelajah belantara dan berusaha menawan permainan ini, tak kira sama ada hidup atau mati,” beritahu Black pada The Hollywood Reporter.

Jumanji 2017 all cast

“Namun semasa berada di sana, kami menjumpai beberapa klu yang ditinggalkan oleh watak Alan Parrish (Robin Williams). Dia membina sebuah rumah pokok yang sangat besar, seolah-olah dia masih berada di sana untuk membantu kami,” jelas Black lagi.

Tahun lalu, Dwayne “The Rock” Johnson, satu lagi nama besar yang akan membintangi Jumanji 2017, meletak pos di laman Instagram rasminya yang juga memberi penghormatan kepada Williams,  “ Satu perkara yang penting untuk saya menjadi jujur dan angkat adalah Robin Williams,” ucap The Rock.

A post shared by therock (@therock) on

“Cinta dan hormat pada lelaki ini tiada sempadan. Kamu pegang kata-kata saya, kami (produksi dan pelakon) akan menghormati satu-satunya watak dan peranan “Alan Parris” dalam dunia Jumanji ini dengan cara yang sangat bersungguh-sunguh dan cool. Saya mempunyai idea untuk melakukannya dan saya fikir keluarga Williams tentu berbangga,” tulis dia lagi.

Bintang utama Baywatch 2017 ini juga berkongsi anekdot tentang saat pertama kali dia bertemu lelaki yang bernama Robin Williams ini, yang suatu hari nanti dia mahu jadi, “Saya masih ingat ketika kali pertama berjumpa Robin di belakang tabir sebuah filem dan saya buat kali pertamanya terkesima dan berkelakuan seperti orang bodoh kerana tidak dapat mengeluarkan sepatah pun kata”.

“Dia secara tidak langsung menenangkan saya hanya dengan senyuman dan tawa kecil. Itu kisah saya bersama dia”, tuntas The Rock berpuas hati.

Jumanji: Welcome to The Jungle bakal memporak-perandakan panggung wayang seluruh dunia pada tanggal 20 Disember 2017.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE