SEARCH

#Gosip Justin Bieber & Hailey Baldwin Sudah Berkahwin?

#Gosip Justin Bieber & Hailey Baldwin Sudah Berkahwin?

Menurut Hailey Baldwin (21) dia dan tunangnya, Justin Bieber (24) belum lagi berkahwin! Selepas ura-ura tergempar tentang berita perkahwinan mereka tersebar di merata-rata media Hollywood, Hailey menjelaskan spekulasi ini di laman Twitternya.

“Saya faham bagaimana spekulasi ini terjadi, (tetapi) saya belum berkahwin lagi!” – Hailey Baildwin (@HaileyBaldwin), 14 September 2018

Foto Justin & Bieber Hailey Baldwin Berkahwin 1
Bieber & Baldwin Meninggalkan Mahkamah Sivil New York pada 13 September 2018

 

Namun menurut PEOPLE, pasangan yang paling tidak disangka Hollywood ini mengikat tali perkahwinan secara sivil pada Khamis (13 September 2018), “(Hailey) percaya upacara rasmi dan sivil adalah dua perkara berbeza,” ujar satu sumber yang dipercayai.

“Apa yang terjadi di mahkamah sivil adalah fasal yang sah di sisi undang-undang. (Namun di sudut lain) Majlis perkahwinan adalah ikrar dua pasangan yang bercinta di hadapan Tuhan dan orang-orang yang tercinta,” kata sumber itu lagi.

TMZ turut melaporkan pasangan selebriti Bieber & Baldwin ini bakal melangsungkan majlis perkahwinan yang sangat-sangat peribadi di negara kelahiran Bieber di Kanada. Buat masa ini, kita hanya boleh menunggu dan lihat.

Terdahulu, Justin dan Hailey mula menjalin hubungan pada 2014 dan hanya bermula sekadar rakan baik sebelum bertunang pada bulan Julai yang lalu di Bahamas.

Foto Justin Bieber & Hailey Baldwin Berkahwin 2
(Kiri) Justin mengatakan Baldwin Adalah Cinta Hatinya [10 Julai 2018] (Kanan) Pertama kali Justin memuatnaik Hailey di Instagram Sebagai sahabat baik [16 Disember 2014]
Lihat juga kompilasi 10 Foto Comel Yang Membuatkan Hailey Baldwin ‘Never Say Never’ kepada Justin Bieber

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE