SEARCH

Justin dan Hailey Bieber Sedia Menakluki Dunia!

Justin dan Hailey Bieber Sedia Menakluki Dunia!

Newly-weds! Justin dan Hailey Bieber Sah Bergelar Suami Isteri

Justin dan Hailey Bieber baru sahaja mengikat tali perkahwinan pada 30 September 2019 lalu dalam majlis resepsi peribadi di hotel super mewah mengadap lautan Atlantik, Montage Palmetto Bluff Hotel, South Carolina, US.

Majlis yang sangat-sangat tertutup ini hanya dihadiri sahabat-handai dan kerabat keluarga terdekat sahaja, termasuk bapa Hailey, Stephen Baldwin dan beberapa rakan selebriti seperti pelakon Kyle Massey, model Joan Smalls, dan pengurus Justin Bieber, Scooter Braun.

Biar sahaja foto ini berbicara, Hailey Bieber berselindung di sebalik pendiding putih, menuju ke gereja.

Pasangan sama manis sama padan ini dikatakan mula bercinta sejak 2014. Walaupun perjalanan cinta mereka sekejap di atas, sekejap di bawah seperti putaran roda, pasangan ini sebenarnya sudah berkahwin secara rahsia di Mahkamah Sivil New York, tahun lepas.

Tidak habis di situ, pasangan Bieber ini juga meraikan hari-hari terakhir zaman bujang mereka di Los Angeles. Pasangan ini turut terlihat di lensa paparazi mengadakan latihan makan malam sempena majlis perkahwinan mereka itu.

 

Kempen Seluar Dalam Calvin Klein

Baru sahaja beberapa hari bergelar Mr dan Mrs Bieber, pasangan ini sekali lagi ‘memecah’ internet dengan penampilan separa bogel untuk kempen seluar dalam terbaharu, Calvin Klein. Bagi merai ulangtahun ke-50, Calvin Klein juga menampilkan dua selebriti milenial, Kendall Jenner dan A$AP Rocky.

Namun, tentu sahaja mata-mata semua pantas melirik dan lampu sorot tertumpu pada pasangan Bieber. Kempen seksi ini dilancarkan hanya beberapa hari selepas majlis perkahwinan mereka, selayaknya masa yang sempurna. Jika kamu mampu mengalihkan mata dari memandang susuk tubuh pasangan ini buat seketika, kamu pasti perasan akan… Koleksi Kapsul CK50 yang sebenarnya ingin dijual Calvin Klein.

 

Asmara Hangat Justin dan Hailey Bieber di Muzik Video 10,000 Hours

Siapa yang tidak sukakan lagu cinta? Justin bergandingan bersama Dan + Shay untuk meruntun dan mencairkan hati kamu dengan lagu terbaharu mereka bertajuk 10,000 Hours.

Paling istimewa, muzik video 10,000 Hours menampilkan pasangan baru berkahwin ini sebagai pemeran utama! Penyanyi lelaki berusia 24 tahun ini menulis lirik bersama Dan + Shay, menulis tentang cinta mereka terhadap isteri dan komitmen mereka terhadapnya sampai hari tua.

“Ku sanggup habisi sepuluh ribu jam dan sepuluh ribu jam lagi / Oh, jika itu yang perlu untuk pelajari hati manis mu”, nyanyi Justin buat Hailey. “Dan aku mungkin tak dapat merungkai, namunkan ku cuba / If it’s ten thousand hours or the rest of my life.”

Muzik video turut menampilkan Hailey, termasuk suri rumah Dan + Shay, Abby Law dan Hannah Billingsley. Kami memberi amaran; jangan tonton muzik video ini jika kamu belum bersedia untuk meninggalkan zaman bujang dan komited terhadap perhubungan cinta bersama pasangan yang tersayang!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE