SEARCH

“KARYA 12” Gabung Pengarah Profesional Dan Amatur

“KARYA 12” Gabung Pengarah Profesional Dan Amatur

Bermula 30 April ini Astro menerusi saluran Astro Citra memperkenalkan segmen khas Karya 12 menampilkan 12 pengarah muda dan senior dalam satu projek filem televisyen (FTV). Nama besar industri penerbitan filem dan drama seperti Osman Ali, Ghaz Abu Bakar, Sabri Yunus, Benard Chauly dan Yusri Abd Halim bergabung dengan enam pelajar IPT seluruh Malaysia bagi setiap karya.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata Karya 12 bertujuan memberi anjakan baru kepada industri perfileman. Karya 12 menjadi landasan untuk pelajar IPT berkongsi idea dengan bantuan pengarah senior yang bertindak sebagai mentor mereka.

Pencarian pelajar terpilih ini diadakan bermula November tahun lalu di beberapa universiti terpilih seperti Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak, Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan, Universiti Teknologi MARA, Universiti Sains Malaysia dan Universit Multimedia.

Kempen Karya 12 menampilkan nama besar pelakon handalan tempatan seperti Nora Danish, Fizz Fairuz, Remy Ishak, Fathia Latiff, Bront Palarae dan Beto Kusyairy yang membintangi setiap filem televisyen yang dihasilkan.

Jangan lupa saksikan kempen Karya 12 yang akan disiarkan pada setiap Sabtu dan Ahad bermula 30 April ini pukul 10.00 malam di Astro Citra (131) dan Mustika HD (134).

Kredit gambar: DailySeni

karya 12 astro citra stailmy
Enam pengarah ternama bersama enam pelajar IPT terpilih berkolaborasi dalam projek Karya 12

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE