SEARCH

Katy Perry Sebagai Juri Pertama American Idol 2017

Katy Perry Sebagai Juri Pertama American Idol 2017

Katy Perry terpilih sebagai juri pertama musim terbaru American Idol 2017.

Menurut Billboard, rancangan realiti nyanyian yang terbesar di dunia ini pernah mencapai kemuncak 38 juta tontonan dalam satu-satu masa di Amerika Syarikat sahaja dan belum lagi dicampur dengan 375 buah negara lain yang turut menyiarkannya.

Namun berikutan penurunan rating yang mendadak pada 2016, francais ‘American Idol’ ini terpaksa diberhentikan buat seketika. Buat masa ini ‘American Idol’ sudah mencapai 15 musim yang bermula sejak dari 2002 hingga 2016.

Pencapaian penyanyi wanita berambut perang muda ini juga membaca fakta yang hampir sama. Semenjak pelepasan album debut dia yang bertajuk “One of the Boys” pada 2008, Katy Perry berjaya menjual lebih daripada 100 juta salinan album dan tercalon sebanyak 12 kali pencalonan Grammy serta lima pencalonan American Music Awards.

“Saya berbangga kerana terpilih sebagai juri pertama American Idol 2017 dan berpeluang membawa kembali harapan dan tradisi yang memberi peluang supaya impian menjadi kenyataan serta kisah-kisah sebenar perjuangan bakat-bakat seni di seluruh Amerika Syarikat,” ujar penyanyi “Chain to the Rhythm” ini.

Perry dalam satu kenyataan menambah, “Saya selalu mendengar muzik-muzik yang baru, suka mencari sebutir intan dalam kekalutan yang layak bersinar. Saya mengajar artis-artis muda di bawah rumah rakaman saya atau menghebahkan artis-artis baru sepanjang kembara muzik saya.

Saya mahu membawa American Idol semula untuk muzik – KATY PERRY

Dia juga teruja mengumumkannya di laman rasmi Twitter tentang khabar “American Idol” sudah kembali,

‘American Idol’ bukanlah satu-satunya relik budaya pop yang Perry bantu bangkitkan semula. Berikutan kecemerlangan album “Witness” (2017), MTV segera menambat Perry supaya membantu mereka menghidupkan semula siri “Unplugged”, iaitu sebuah rancangan nyanyian akustik yang sudah lama berlangsung di saluran MTV. Guess what? She did it!

Perry berjaya menaikkan kembali rating rancangan nyanyian akustik yang semakin tenggelam itu. Begitu juga diharapkan peranan yang boleh dia mainkan untuk musim 2017-2018 ‘American Idol’ ini. Namun, barisan juri ‘American Idol 2017’ yang lain masih lagi menjadi tanda tanya.

Akhir sekali, saluran ABC mengumumkan khabar baik ini betul-betul selepas Katy Perry meluncurkan muzik video untuk lagu terbarunya, “Bon Appétit” bersama penyanyi rap, Migos. It’s a good marketing strategy, I must say. 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE