SEARCH

Katy Perry Bakal Beraksi Di BRIT Awards 2017

Katy Perry Bakal Beraksi Di BRIT Awards 2017

Katy Perry bakal membuat persembahan babak kedua ‘Chained To The Rhythm’ di pentas BRIT Awards 2017 yang bakal berlangsung di The O2 Arena, London pada tanggal 22 Februari (waktu England).

Penyanyi yang baru sahaja melepaskan single terbarunya untuk 2017 ini teruja berkata, “Saya sangat teruja untuk kembali beraksi di negara yang amat saya gemari! Negara yang melahirkan ramai artis-artis yang memberi inspirasi pada awal permulaan karier nyanyian saya. Setelah tiga tahun, saya semangat untuk beraksi di pentas British bagi memulakan era pop baru 2017!”

Perry, yang juga membuat persembahan pada malam Anugerah Grammy 2017 yang lepas, turut berkongsi berita gembira ini di laman Twiter.

Memetik kata-kata Jason Iley selaku pengerusi majlis, “Katy Perry sebagai salah seorang selebriti terbesar dunia, calon terbaik bagi melengkapkan 2017 line-up. Dia superstar yang bakal menyimbah warna warni pada pentas Anugerah BRIT 2017 ini, minggu hadapan,” ujarnya.

SELAIN KATY PERRY, SIAPA LAGI BAKAL PERFORM?

Penyanyi wanita yang kini berambut perang muda ini juga bakal membuat persembahan berserta barisan selebriti-selebriti yang lain seperti Ed Sheeran, The 1975, Robbie Williams, Skepta, Bruno Mars, Little Mix dan Emeli Sandé. Nama-nama besar seperti David Bowie, Coldplay, Leonard Vohen serta Beyoncé Knowles mengungguli pencalonan.

Sebelumnya, Michael Bublé direncana sebagai pengacara tetapi berikutan anak lelakinya menghidapi kanser, dia memohon mengundur diri. Pengacara majlis seterusnya diganti oleh Dermot O’Leary bersama Emma Willis.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE