SEARCH

Kenali Personaliti Diri Kamu Melalui Senarai Main Spotify

Kenali Personaliti Diri Kamu Melalui Senarai Main Spotify

Masih dalam azam tahun baru? Bagaimana perkembangan resolusi tahun baru kamu itu? Sekiranya kamu berasa sukar untuk menjawab soalan ini, usah khuatir kerana bukan kamu seorang sahaja yang sedang berusaha menjayakan resolusi tersebut. Spotify sedia membantu.

Spotify by STAIL.MY 1
Xandria Ooi

 

Jadi, bagaimanakah cara untuk menjayakannya?

Kita lihat pada akar umbi persoalan ini. Muzik sememangnya menjadi peneman dalam kehidupan seharian kita semua. Bagi setiap situasi dalam kehidupan, pastinya terdapat satu lagu atau senarai main yang bersesuaian, seperti trak untuk persiapan di pagi hari sebelum ke tempat kerja, mahupun ketika sedang bersedia untuk bersenam di gim.

Spotify by STAIL.MY 2
Dari senarai main ‘aKUSTIK’, ‘PENJANA KEYAKINAN’ sehinggalah ‘POP’, Spotify punya senarai main yang sesuai untuk setiap situasi.

“Muzik boleh memberi kesan kepada bahagian otak yang berlainan iaitu bahagian emosi, fizikal dan kognitif. Kesannya boleh dirasai secara serentak dan ia sebahagian daripada cara kita mendapatkan motivasi harian. Setiap orang mempunyai citarasa dan muzik kegemaran yang berbeza-beza. Ia cerminan diri, kelakuan serta perasaan kita pada setiap masa,” jelas Eve Tan, Ketua Bahagian Rancangan dan Editorial, Spotify, SEA, HK & TW.

Tambah Eve lagi, “Setiap pengguna Spotify mempunyai kehidupan sendiri. Mereka memberi fokus terhadap kesihatan, jadual, pekerjaan dan perhubungan masing-masing. Justeru, kami memahami bahawa pilihan muzik yang tepat boleh meningkatkan atau mengubah perasaan kita. Dengan bantuan warga Spotify di serata dunia, Spotify menyumbang kepada kepelbagaian budaya serta perkongsian muzik dan trend terkini, untuk membawakan pengalaman muzik terbaik di mana sahaja kamu berada,” ujar Eve Tan lagi.

Baru-baru ini, Spotify menganjurkan satu penyelidikan khas bagi memahami keperluan pendengar melalui citarasa muzik yang menjadi fokus utama dalam misi pengumpulan data Spotify. Dengan menganalisa tabiat muzik lebih dari 140 juta pendengar, Spotify mengesan dan mengenali kaitan-kaitan antara muzik dan kehidupan pendengar: dari personaliti diri, hinggalah kepada aktiviti seharian.

Bersama-sama dengan inisiatif penceramah motivasi dan jurulatih kecergasan Xandria Ooi, Spotify berharap untuk memberikan pendengar pilihan-pilihan lagu yang praktikal bagi menjayakan semua impian dan azam tahun baru berdasarkan personaliri diri kamu.

Jawab kuiz tersedia di bawah untuk capai motivasi, kenali diri dan fahami personaliti kendiri berdasarkan tabiat penggunaan, pilihan dan citarasa muzik kamu 🙂

powered by Typeform

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE