SEARCH

‘Kerana Dia Manusia Biasa’: Emma Maembong Kembali Bertudung?

‘Kerana Dia Manusia Biasa’: Emma Maembong Kembali Bertudung?

Dan apa sebab Shukri Yahaya berdendam dengan Emma? Kerana kesilapan insan lain, Emma Maembong menjadi mangsa dendam Shukri Yahaya? Kasihan Emma… didendami tanpa mengetahui apakah salahnya. Tapi kenapa ya? Jika ingin tahu apa yang membuatkan Shukri Yahaya berdendam dengan Emma Maembong, jangan lupa saksikan drama Kerana Dia Manusia Biasa, di slot Samarinda mulai 24 Julai ini

Drama penuh emosi ini bakal menggantikan drama Mimpi Sabrina yang akan beralih ke slot Azalea setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.00 petang. ‘Kerana Dia Manusia Biasa’ arahan Idora Abdul Rahman ini mengisahkan tentang keperitan hidup seorang isteri, Nurin Aira lakonan Emma Maembong yang diseksa jiwa dan raga oleh suaminya, Tengku Shamil Zaquan lakonan Shukri Yahaya.

Pada usia yang sangat muda, Nurin Aira memikul tanggungjawab apabila Nora (Sasqia Dahuri), kakak angkatnya meninggalkan seorang bayi bernama Alia kepadanya. Nora berjanji untuk mengambil Alia semula apabila masalahnya selesai. Malangnya, lima tahun berlalu dan Nora masih tidak muncul. Nurin menjaga Alia dengan penuh kasih sayang bagaikan darah dagingnya sendiri.

Di sudut yang lain, kehilangan Aisyah, membuatkan jiwa Tengku Shamil beku untuk mencintai insan lain. Lebih menyedihkan, isterinya itu ‘pergi’ setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan. Atas dasar ingin lari daripada desakan keluarga, Tengku Shamil dan Nurin disatukan dalam pernikahan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan Aisyah, isteri pertamanya itu tadi. Pada pandangan Tengku Shamil, Nurin hanyalah perempuan simpanan.

Setelah berkahwin, kehidupan Nurin bagaikan tergantung tidak bertali. Emosi Nurin terdera dek herdikan Tengku Shamil yang membencinya. Namun, dia tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan cuba mengambil hati Tengku Shamil yang dingin terhadapnya.

Adakah Tengku Shamil dapat memadamkan api dendamnya terhadap cinta Nurin Aira?
Tonton Kerana Dia Manusia Biasa yang turut dibintangi Husna Mustaffa, Sasqia Dahuri, Mimi Ernida, Zera Hariz, Afzan A.Rahman, Atikah Suhaime & Afifah Nasir setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam hanya di TV3.

Syukri Yahaya Kerana Dia Manusia Biasa Emma Maembong Kembali Bertudung?

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE