SEARCH

Rise To Power! Lihat Dynas Mokhtar Jadi Wanita ‘Bad Ass’!

Rise To Power! Lihat Dynas Mokhtar Jadi Wanita ‘Bad Ass’!

Dynas Mokhtar mengutuhkan lagi wataknya selaku Madam Wong dalam filem spin-off KL Gangster Underworld: Rise To Power yang akan ditayangkan secara eksklusif dan percuma di iFlix bermula 19 September 2019.

‘Rise to Power’ berkisahkan tentang bagaimana satu-satunya sosok wanita yang mengetuai kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur, bangkit berkuasa dengan kelicikan, keberanian dan kekerasan.

Penceritaan bermula di masa silam tentang perjuangannya, semasa May Wong (dimainkan oleh Dynas Mokhtar) menentang tradisi patriaki dalam keluarganya. Dia merancang jalan untuk merampas takhta tanpa sebarang belas kasihan.

Saya teliti penonton lebih tertarik dengan watak Madam Wong yang dimainkan oleh Dynas Mokhtar ini sejak KL Gangster Underworld musim 1 lagi. Hubungan dia dan Ayah Zan (dimainkan oleh Hasnul Rahmat) sangat menarik perhatian walaupun kisah mereka bukanlah jalan cerita utama.

Kisah bagaimana Madam Wong hamil dan bagaimana kisah spin-off ini boleh bermula 10 tahun sebelum musim pertama dengan ‘menghidupkan’ watak Zan. Ia sebuah filem yang unik dengan adanya watak utama wanita yang menongkah arus, tekad dan kejam.

Watak seorang wanita kejam dan berkuasa ini jarang diketengahkan sebagai pemeran utama dalam mana-mana filem Malaysia yang selalunya memaparkan watak wanita dalam sisi konvensional yang lemah-lembut.

Itu cerminan realiti masyarakat kita. Sebenarnya kita punya ramai tokoh-tokoh wanita yang berpengaruh seperti Tan Sri Zeti Aziz, Tan Sri Rafizah Aziz, Tun Hasmah, Wan Azizah, hatta Rosmah Mansor sekali pun, layak digelar sebagai wanita ‘bad ass’.

‘Rise to Power’ menampilkan pemain industri dari Skop Production (Munafik 2, KL Gangster) bersama pengarah Faisal Ishak dan Syafiq Yusof yang pernah memimpin produksi KL Gangster Underworld 1.

barisan pelakon KL Gangster Underworld: Rise to Power

Di perkhabaran berita lain, sebelum menonton KL Gangster: Rise to Power pada 9/9/19, kamu juga boleh menonton KL Gangster, KL Gangster 2 dan KL Gangster Underworld Musim 1 secara percuma di iflix. KL Gangster Underworld Musim 2 pula bakal memulakan penggambaran bermula November 2019 dan akan ditayangkan pada 2020.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE