SEARCH

The Kleptocrats: Bagaimana Jho Low Menipu Hollywood & Seluruh Malaysia

The Kleptocrats: Bagaimana Jho Low Menipu Hollywood & Seluruh Malaysia

#REVIEW The Kleptocrats: Bagaimana Si Gemuk Penipu Menipu Hollywood, Malaysia & Mendunia

The Kleptocrats: Bagaimana Jho Low Menipu Hollywood & Seluruh Malaysia

The Kleptocrats adalah dokumentari berkaitan kes penipuan kleptokrasi terbesar dunia yang melibatkan mantan Perdana Menteri Malaysia ke-6, Dato’ Sri Najib Razak dan ‘seekor’ penipu gemuk (scammer) bernama Jho Taek Low atau lebih dikenali sebagai Jho Low dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang merubah landskap politik Malaysia selama-lamanya.

Dokumentari ini mendedahkan penglibatan pemain-pemain utama 1MDB termasuk isteri Najib iaitu Rosmah Mansor dan anak lelakinya Riza Aziz (anak tiri Najib). ‘The Kleptocrats’ menyingkap secara terperinci tentang salah guna kuasa kerajaan, kes rasuah mega, penyalahgunaan dana dan pengubahan wang haram di peringkat global.

The Kleptocrats: Bagaimana Jho Low Menipu Hollywood & Seluruh Malaysia 1


Jho Low, Riza, Rosmah & Najib menyantuni dana 1MDB seperti tabung peribadi mereka sendiri

Najib Razak The Kleptocrats: Bagaimana Jho Low Menipu Hollywood & Seluruh Malaysia

Jho Low menggunakan 1MDB sebagai ‘yayasan bayangan’ bagi mengaburi aktiviti haramnya itu dengan licik sekali. Wang rakyat yang dicuri dari 1MDB mengalir masuk pula ke New York dan Hollywood, di mana penipu ini ‘melabur’ dalam sektor hartanah dan rumah rakaman Red Granite Pictures milik Riza Aziz bagi menghasilkan filem Hollywood, ‘The Wolf of Wall Street” lakonan Leonardo DiCaprio.

Namun, wartawan-wartawan (dan beberapa wartawan tempatan) dari New York, Wall Street Journal dan The Hollywood Reporter mengesan ada sesuatu yang tidak kena dengan filem yang menelan belanja sebanyak lebih US$100 juta ini. Dari mana datangnya dana yang sebegitu besar tersebut? Siapa Riza Aziz dan Jho Low? Siapakah dua lelaki Asia ini? Yang tidak pernah dikenali di Hollywood, tetapi secara tiba-tiba membuat penampilan super mewah seperti itu?

Sinaran kamera dari karpet merah Hollywood, mengetuk pintu syak wasangka United States Department of Justice (Jabatan Keadilan Amerika Syarikat). Memberi lampu sorot kepada Perdana Menteri Malaysia (waktu itu) dan kerabat pencuri 1MDB yang terlibat. Aset bernilai jutaan dibekukan, wang dirampas dan sampai waktunya rakyat Malaysia melawan!

Wan Azizah dan Tun M The Kleptocrats: Bagaimana Jho Low Menipu Hollywood & Seluruh Malaysia

Saya mengagumi betapa berkuasanya bidang penulisan atau journalism di US. Tepukan wajar diberikan kepada empat wartawan US terlibat dalam membongkar skandal busuk ini. Mereka adalah Louise Story (wartawan penyiasat), Tom Wright dan Bradley Hope dari The Wall Street Journal dan Alex Ritman dari The Hollywood Reporter. Mereka bersungguh-sungguh menjaya dan menjalankan penyiasatan ini walaupun tiada manfaat buat mereka. Mereka bukan rakyat Malaysia, tetapi berjuang demi kebenaran manusiawi.

LOUISE STORY The Kleptocrats: Bagaimana Jho Low Menipu Hollywood & Seluruh Malaysia


Betullah perumpamaan ‘Mata pena lebih tajam dariPADA pedang’

The Kleptocrats: Bagaimana Jho Low Menipu Hollywood & Seluruh Malaysia Tun Mahathir

Dokumentari ini bermula agak perlahan. Agak menarik melihat cara dokumentari ini menyambung titik-titik klu dan petanda antara satu sama lain. Seperti biasa, permulaan dokumentari bercerita tentang latar belakang kes dan individu-individu yang terlibat (mungkin agak bosan bagi sesetengah penonton) kepada hubung-kait mereka dengan insiden-insiden yang berkenaan. Ia seperti menonton filem penyiasatan.

Hati terasa sakit melihat penyalahgunaan harta negara yang begitu besar, dibakulsampahkan Jho Low dan Rosmah dengan sewenang-wenangnya dalam urusan peribadi mereka berbelanja dan berpesta serupa syaitan. Mungkin syaitan pun akan terkejut melihat pembaziran yang dilakukan dua individu berbadan paus ini. Kesan daripada 1MDB ini ketara dirasai pra-PRU14 (2018) semasa sembilan tahun pemerintahan merana Najib Razak. Masihkah ingat GST? Ya saya masih ingat.

Jho Low & Paris Hilton The Kleptocrats: Bagaimana Jho Low Menipu Hollywood & Seluruh Malaysia


Jangkaan US$100 juta (kira-kira RM400 juta) dibelanja hanya untuk majlis harijadi Jho Low sahaja. Belum kira lagi ratusan tas tangan berjenama, jam tangan mewah, emas dan permata yang dimiliki oleh Rosmah

the wolf of wall street The Kleptocrats: Bagaimana Jho Low Menipu Hollywood & Seluruh Malaysia

Paling tak masuk akal, si gemuk penipu berwajah kemerah-merahan seperti binatang haram yang satu ini punya hati memikat peragawati, Miranda Kerr dengan memberi dia sepasang subang intan 11 karat dan seutas rantai permata 11.71 karat berbentuk hati. Nilainya? US$1.8 juta (RM7.2 juta). Tidak cukup dengan itu, Jho Low menghadiahi peragawati Australia itu sebuah piano lutsinar berharga US$1 juta (RM4 juta).

Dan banyak lagi aset hasil wang curi 1MDB seperti Equanimity Superyacht (US$250j), lukisan Monet (US$35j), jet peribadi (US$35j), kondominium perdana di Time Warner Center, Manhattan (US31US$j), rumah agam di Beverly Hills (US$17.5j) dan Viceroy L’Ermitage Beverly Hills Hotel (tiada data). Itu baru sebahagian harta 1MDB yang dirampas, yang tersembunyi dan disorok masih belum diketahui.

Rosmah mansor The Kleptocrats: Bagaimana Jho Low Menipu Hollywood & Seluruh Malaysia


Wang memberi dia akses. Memberi dia pengiktirafan (di Hollywood). Ia membelikan Jho Low status dan kuasa. Mujur tidak dapat memberi dia rupa.

Riza Aziz The Kleptocrats: Bagaimana Jho Low Menipu Hollywood & Seluruh Malaysia

Istimewanya, dokumentari ini turut menampilkan temuramah ekslusif bersama adik kandung Najib sendiri, Nazir Razak; kartunis politikal kontroversi, Zunar dan penulis buku ‘Billion Dollar Whale‘ sendiri, Tom Wright. ‘The Kleptocrats’ juga memaparkan babak-babak pesta liar Jho Low dan rakaman eksklusif Najib bertemu Jho Low di New York yang belum lagi pernah disiarkan di mana-mana media US atau Malaysia.

Ironinya, persamaan antara Jho Low dan Jordan Belfort dalam ‘The Wolf of Wall Street’ sangat ketara. Jho Low seperti melakonkan watak Jordan dalam dunia sebenar – tentang lelaki penipu yang pandai memanipulasi, mencuri, mengubah dan memindah wang haram merentasi sempadan dan perdagangan gelap – yang sekarang sedang dalam pelarian, hilang secara misteri tanpa meninggalkan sebarang bukti.

Tentu sahaja Jho Low sedang mentertawakan kita, rakyat Malaysia, Najib Razak dan dunia.

Tonton The Kleptocrats hanya di perkhidmatan penstriman filem atas talian terbaru, iwonder yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia. Terdapat lebih 1000+ dokumentari terbaik dunia dan ratusan filem antarabangsa serendah US$4.99 (kira-kira RM20) sebulan.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE