SEARCH

Kami Terima Klu Pertama Fantastic Beasts 2 & Ia berkaitan Harry Potter!

Kami Terima Klu Pertama Fantastic Beasts 2 & Ia berkaitan Harry Potter!

Perhatian Potterheads! Warner Bros baru sahaja mengeluarkan klu pertama untuk Fantastic Beasts 2!

Sekuel kedua untuk ‘Fantastic Beasts and Where to Find Them’ (2016) ini bakal punyai sangkut paut dengan ‘Harry Potter and The Sorcerer’s Stone’ (2001). Nampaknya Nicholas Flamel akan memainkan peranan yang penting dalam sekuel kedua ini.

Sebelumnya, kamu mesti tertanya-tanya siapakah gerangan yang bernama Nicholas Flamel ini? Baiklah, Nickolas Flamel adalah watak seorang saintis dan ahli kimia yang bertanggungjawab mencipta “The Sorcerer’s Stone”. Lihat sahaja gambar di bawah dengan kapsyen yang berbunyi:

The only known maker of the Philosopher’s Stone. What mysteries may be locked away.

(Satu-satunya pencipta ‘Philospher’s Stone’ yang dikenali. Dengan misteri yang turut terkunci)

“Satu-satunya pencipta” itu tidak lain dan tidak bukan ialah Nicholas Flamel, saintis yang mencipta “batu sihir” dalam novel Harry Potter yang pertama (Harry Potter and The Philosopher’s Stone, 1997).

Flamel turut mengarang jampi yang menghidupkan, sampai-sampai menjadi rebutan tukang sihir jahat yang sedang dalam keadaan terdesak. Jika kamu masih ingat kerana itulah Harry Potter diserang pada tahun pertamanya menjejak kaki di Hogwarts.

Media Hollywood turut mendedahkan seorang pelakon Mexico berketurunan Chile-Perancis bernama Brontis Jodorowsky akan melakonkan watak Flamel tetapi sejauh mana kebesaran dan pengaruh watak ini dalam Fantastic Beast 2 belum lagi didedahkan.

Fantastic Beast and Where to Find Them 2 (2018) akan menemui pawagam tahun hadapan. Kamu dan Potterheads sekalian punya masa lagi setahun untuk menyimpulkan beberapa konspirasi kamu sendiri. Good luck! 🙂

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE