SEARCH

Ari Lasso, Once & Ahmad Dhani Bersatu Untuk Konsert Dewa 19 Reunion Live in Malaysia!

Ari Lasso, Once & Ahmad Dhani Bersatu Untuk Konsert Dewa 19 Reunion Live in Malaysia!

Mendengar berita Konsert Dewa 19 Reunion Live In Malaysia (#Dewa19ReunionMY) ini sahaja sudah cukup membuat ‘penganut’ setia Dewa yang sinonim dengan panggilan ‘Baladewa’ penasaran!

Memilih tanggal 2 Februari 2019, Nizra Production dengan bangganya mencipta sejarah tersendiri apabila #Dewa19ReunionMY akan meledakkan adrenalin ‘Baladewa’ dan ‘Baladewi’ jam 8.30 malam di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

Ia bukan sekadar konsert perjumpaan semula biasa Dewa 19 di Malaysia, tetapi istimewanya kedatangan mereka kali ini bakal menyaksikan formasi lengkap mantan vokalis-vokalisnya dari beberapa generasi sejak Dewa 19 ditubuhkan sekitar 1986.

Ia akan menjadi reunion fantastik dan momen manis yang tidak layak dilepaskan. Bayangkan Ari Lasso dan Once bergabung mendendangkan karya penuh Dewa 19 di sebuah konsert. Ya, Ari Lasso si pemilik vokal lantang yang menjadi antara faktor meledaknya album perdana Dewa 19 menerusi “Kangen” pada awal 90-an bersetuju untuk tampil di konsert ini.

Once, penyanyi lelaki dengan suara emas ini juga tidak punya masalah bergabung bersama. Bersama Once, Dewa 19 meraih kejayaan luar biasa menerusi deretan album mereka termasuk album “Bintang Lima” yang diiktiraf sebagai album terlaris dijual oleh kugiran itu pada 2000.

Memantapkan kehadiran Ari Lasso dan Once, tentulah pengasasnya iaitu Ahmad Dhani melengkapkan formasi legenda dan bersejarah ini di konsert Dewa 19 Reunion live in malaysia yang bakal berlangsung 2 Februari 2019 nanti.

Berdiri di belakang mereka yang sentiasa menguatkan jentera Dewa 19 bersama instrumen masing-masing adalah Andra (gitar), Yuke (bass) dan Agung (drum). Tyo Nugros, pemain drum yang tidak sedikit menumpahkan khidmatnya bersama band asal Surabaya ini akan menjadi tarikan utama konsert #Dewa19ReunionMY kelak.

Konsert Dewa 19 Reunion Live in Malaysia 2019 by STAIL.MY INFO

Sedar Baladewa sudah terlalu kangen (rindu) terhadap persembahan mereka, Dewa 19 dijangka membawa sekitar 30 ke 35 untaian hit daripada ratusan katalog lagu yang dimiliki kugiran ini, secara langsung menerusi album pertama sehingga yang terakhir – “Kerajaan Cinta” yang dihasilkan sekitar 11 tahun lalu.

Kami bersedia kembali ke Malaysia kerana permintaan tinggi daripada Baladewa di sini. Sampai ketemu semua!” -Ahmad Dhani.

Untuk rekod, #Dewa19ReunionMY bakal menjadi saksi penampilan penuh barisan pemuzik Dewa 19 selepas hampir 10 tahun tidak melakukan persembahan di Malaysia.

Justeru buat sekalian Baladewa semua, jangan menunggu lama untuk membeli tiket jika kalian enggan terlepas peluang untuk kembali menelusuri masa lampau bersama lagu-lagu ngetop mereka seperti “Larut”, “Pupus”, “Laskar Cinta”, “Dewi” dan lain-lain di konsert #Dewa19ReunionMY kelak.

Tiket #Dewa19ReunionMY berharga
RM238 – Cat 3 (KERUSI)
RM358 – Cat 2 (BERDIRI)
RM458- Cat 1 (VIP KERUSI)
RM888 – Cat VIP (TEMU MESRA + KERUSI)  

Tiket boleh diperolehi di laman web ticketcharge.

Tiket Konsert Dewa 19 Reunion Live in Malaysia 2019 by STAIL.MY

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE