SEARCH

4 Lagu Untuk ‘Hadapi’ Konsert Halestorm, Disember Nanti

4 Lagu Untuk ‘Hadapi’ Konsert Halestorm, Disember Nanti

Attention rockers head! Buat peminat muzik rock di Malaysia, kugiran rock terkemuka Amerika Syarikat, Halestorm buat julung kalinya akan turun ke Kuala Lumpur bagi mengadakan konsert Halestorm Live in Malaysia 2019 pada 14 Disember 2019 (Sabtu), jam 9 malam bertempat di Menara PGRM, Star Convention Centre (Wawasan Hall), Kuala Lumpur.

Terkenal dengan lagu hits seperti ‘Uncomfortable’, ‘Love Bites (So Do I)’ dan ‘I Am The Fire’, Halestorm bakal menggetar jiwa peminat menerusi konsert selama dua jam yang turut menampilkan semua anggota Halestorm iaitu Lzzy Hale (vokal), Arejay Hale (dram), Joe Hottinger (gitar) dan Josh Smith (bass).

Kugiran yang ditubuhkan lebih 15 tahun ini juga berhasrat untuk menghasilkan lebih banyak lagu baharu yang segar untuk peminat setia yang sentiasa menyokong sejak dari awal penubuhan. “Lagu dan muzik yang berkualiti adalah keutamaan kami dan kami akan terus berusaha memberikan yang terbaik,” ujar Lzzy.

Halestorm begitu dikenali di seluruh dunia kerana kekerapan mereka mengadakan persembahan. Hampir 2,500 persembahan sehingga kini dan pernah berkolaborasi, mengadakan konsert dengan penyanyi dan kumpulan rock terkenal lain seperti Avenged Sevenfold, Rob Zombie dan Evanescence. Kini, Halestorm dalam rangka jelajah promosi album terbaru mereka berjudul ‘Vicious’ (2018).

Layan 3 Lagu Ini Untuk Konsert Halestorm, Disember Nanti


Halestorm pernah meraih anugerah bagi Persembahan Hard Rock / Metal Terbaik di Anugerah Grammy 2013


Layan 3 Lagu Ini Untuk Konsert Halestorm, Disember Nanti 2

Kugiran rock ini juga turut tercalon dalam kategori Persembahan Rock Terbaik di Grammy Awards 2019 menerusi lagu ‘Uncomfortable’. Harapan Halestorm agar konsert di Kuala Lumpur ini dapat menarik lebih ramai peminat, di samping menjanjikan sebuah persembahan terbaik dan memukau sehingga mampu membanjiri Menara PGRM nanti.

Tiket konsert boleh didapati pada harga RM228 (CAT1), RM328 (CAT2), RM428 (VIP) dan RM588 (VVIP). Berita baik buat semua peminat, kamu dapat menikmati tawaran istimewa dengan pakej pembelian 5 tiket, 1 tiket lagi akan diberikan secara percuma. Sebarang pertanyaan lanjut atau maklumat pembelian tiket, layari proticket/halestormliveinmalaysia2019

Konsert Halestorm Live in Malaysia 2019 Concert POSTER

Konsert Halestorm Live In Malaysia 2019 adalah konsert pertama anjuran Arrakasta Mo Entertainment

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE