SEARCH

Konsert Terunggul Afgan & Ungu Bakal Menggegar Stadium Malawati, Shah Alam Pada 6 Oktober Ini

Konsert Terunggul Afgan & Ungu Bakal Menggegar Stadium Malawati, Shah Alam Pada 6 Oktober Ini

Malaysia, kamu sudah sedia? Buat julung kali, Popcorn Studio membawa bukan satu tapi dua gandingan terkemuka dari Indonesia untuk Konsert Terunggul Afgan & Ungu.

Siapa lah yang tidak mengenali dua artis Indonesia yang bertaraf superstar ini, bukan? Afgan atau nama sebenarnya, Afgan Syahreza dengan senyuman menawan dan suara jazz membuai perasaan.

Dengan persembahan tersendiri dan gaya memukau, Afgan pastinya menjanjikan satu kelainan dan momen indah buat peminat.

Ungu pula kugiran cinta yang baru sahaja menyambut ulangtahun ke-20 penubuhan, antara kumpulan pop/rock yang masih mendapat tempat di hati peminat Malaysia.

Ia hadiah buat peminat Malaysia yang sentiasa menyokong Ungu selama hampir dua dekad itu.

Bohong kalau kamu kata tidak pernah mendengar barang satu dua lagu dari kedua-dua superstar Indonesia ini.

Satu gabungan kemuncak muzik Indonesia di Malaysia, Konsert Terunggul Afgan & Ungu akan diadakan tanggal 6 Oktober 2017 (Jumaat), jam 8.30 malam bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam.

Layari laman rasmi Facebook dan TICKETPRO untuk keterangan lanjut.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE