SEARCH

Impak Kumpulan Kpop BTS Kepada Dunia Hiburan Antarabangsa, Jom Kenali Siapa Mereka Ini

Impak Kumpulan Kpop BTS Kepada Dunia Hiburan Antarabangsa, Jom Kenali Siapa Mereka Ini

Jika kamu search di laman Internet sekarang tentang kumpulan kpop BTS, pasti kamu jumpa pelbagai cerita terbaru setiap hari. Saya baru sahaja menaip nama mereka di Internet, cerita terbaru tentang mereka sudahpun mula menular di seluruh dunia sehari yang lalu. Sedar tidak sedar, daripada sebuah kumpulan yang hanya dikenali sebagai kumpulan underdog beberapa tahun lalu kini usaha serta kejayaan mereka telah menjadikan BTS sebuah kumpulan bintang tahap global. Segalanya berlaku dengan begitu pantas. Buat kamu yang belum mengenali mereka ini, saya jamin selepas saya berkongsi, kamu juga bakal menyertai ahli kelab fandom mereka yang digelar A.R.M.Y.

Kenali BTS

Bagai trademark mereka, setiap kali memuat naik video praktis pasti begitu mencuit hati.

BTS atau nama sebenar Bangtan Boys ini terdiri daripada tujuh anak muda berasal dari Korea dan bernaung di bawah syarikat muzik Big Hit Entertainment. Mula debut pada 12 Jun 2013 dan sejak itu mereka terus diiktiraf dan menerima begitu banyak anugerah Artis Baru Terbaik menerusi trak popular mereka ketika itu, “No More Dream”. Kejayaan dan usaha kerasa mereka boleh dikatakan diiktiraf setiap tahun.

Mereka ini bukanlah datang daripada syarikat muzik “The Big 3” (panggilan popular untuk tiga syarikat muzik terbesar di Korea iaitu, YG Entertainment yang telah melahirkan artis antaranya seperti Psy, Big Bang dan 2NE1, manakala SM Entertainment melahirkan Super Junior, Girls Generation serta EXO. JYP Entertainment pula yang bertanggungjawab memperkenalkan Wondergirls, 2PM dan Bae Suzy. Big Hit Entertainment pula hanya memiliki dua artis di bawah naungan mereka iaitu BTS juga duo musikal digelar Homme.

Sehingga kini, BTS telah melahirkan 4 buah album studio, 4 album kompilasi, 5 EP serta 22 single. Muzik mereka yang bergenre Hip Hop dan R&B ini cukup matang dalam setiap bait lirik mereka. Malah yang menariknya, Ketua Kumpulan BTS, RM (sebelum ini menggelar dirinya Rap Monster, namun baru-baru ini membuat keputusan untuk tidak menggunakan nama itu lagi, hanya bertukar kepada singkatan RM, baginya nama itu lebih sesuai dengan dirinya), juga antara yang turut bertanggungjawab menyumbang dalam menggubah kebanyakan lagu-lagu BTS. RM juga dikenali sebagai seorang genius di dalam industri muzik Korea.

PERKENAL 7 Anak Muda BTS

Kumpulan Kpop BTS

Dari kiri, Jimin, Jin, Suga, V, J-Hope, Jungkook dan RM

Tujuh anak muda yang bukanlah lahir di Seoul ini dikumpulkan dari pelbagai pelusuk Korea Selatan dan bersatu demi cinta pada muzik yang satu. Tujuh anak muda ini adalah Jin (Vokalis, 26 tahun), Suga (Lead rapper, 25 tahun), J-Hope (Penari utama & rapper, 24 tahun), RM (Rapper utama & Ketua Kumpulan, 24 tahun), Jimin (Penari & Vokal utama, 23 tahun), V (Vokalis, 23 tahun) dan Jungkook (Penari & Vokalis utama, 21 tahun).

Perjalanan Seni BTS 2013-2017

Kumpulan Kpop BTS

Maknae di dalam kumpulan BTS, (“Maknae“, bahasa Korea yang bermaksud paling muda), iaitu V dan Jungkook

Apakah keistimewaan mereka ini? Jika kamu mendengar dengan teliti akan muzik mereka, ternyata muzik yang dibawa lebih matang dan setiap lirik tercipta penuh dengan kata-kata motivasi. Itu antara sebab utama mengapa ramai yang menyukai kumpulan ini. Bukan mudah untuk satu-satu artis Asia untuk diiktiraf di persada Hollywood. Namun, BTS telah membuktikan bahawa muzik berbeza bahasa bukanlah penghalangnya.

Mula mendapat perhatian pada 2015 pada tanggal 30 Jun, lagu berjudul Dope menduduki tangga ke-3 untuk carta Billboard’s World Digital Chart. Kemudian mengunjungi kali kedua ke festival KCON yang berlangsung di Los Angeles dan kemudian ke KCON New York. Dan kerana lagu-lagu hit mereka semakin mendapat perhatian dunia, mereka tersenarai di tangga pertama di Billboard Social 50 Chart.

Kumpulan Kpop BTS

Setelah tiga tahun membina nama, pada penghujung 2016, akhirnya mereka diiktiraf dan menerima anugerah Daesang pertama mereka di Korea, bukan satu malah tiga anugerah Daesang di tiga acara anugerah terbesar Korea (Anugerah Daesang adalah anugerah terbesar atau dikenali sebagai anugerah Artist of the Year dan dianugerahkan berdasarkan jualan album dan digital serta undian online serta daripada juri).

Pada Februari 2017, BTS telah tersenarai di tangga ke-5 Forbes Korea Power Celebrity. Dan 2017 jugalah menandakan kejayaan terbesar apabila BTS memenangi anugerah Top Social Artist Awards di Billboard Music Awards mengalahkan Justin Bieber yang menyandang anugerah itu selama beberapa tahun lamanya. Tahun lalu juga, buat pertama kalinya sekumpulan anak muda daripada Korea Selatan ini dijemput khas membuat persembahan di American Music Awards 2017.

Persembahan ikonik lagu “DNA” daripada album terbaru mereka itu menghiburkan setiap yang berada di dalam teater Microsoft termasuklah Jared Leto, The Chainsmokers dan ramai lagi. Semua menjadi gerun mendengar laungan fanchant penuh bersemangat A.R.M.Y berdengung di seluruh panggung. Inilah yang boleh saya katakan kuasa serta pengaruh muzik dari Korea Selatan.

Kumpulan Kpop BTS

Kumpulan Kpop BTS

Mereka juga teruja apabila dijemput menjadi tetamu satu persatu program TV popular di US seperti The Ellen DeGeneres Show, Jimmy Kimmel Live!, The Late Late Show With James Corden, E! News, On Air with Ryan Seacrest, Vogue dan bermacam lagi.

Dengan pelbagai limpahan anugerah serta penghargaan daripada seluruh dunia, satu perkara yang amat disenangi semua orang serta peminat setia mereka, BTS masih kekal merendah diri sehingga kini. Masih senantiasa berhubung bersama peminat menerusi laman Twitter rasmi mereka dan tidak pernah putus mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada seluruh A.R.M.Y .

Buat kamu yang tidak pernah mendengar lagu-lagu kumpulan popular BTS ini, mungkin kamu boleh mendengar trak-trak hit judul Fire, Blood, Sweat & Tears, DNA, Mic Drop serta lagu balad dari tahun 2014 berjudul Just One Day. Selamat mendengar!

Jom lihat antara selebriti Hollywood yang telah rasmi menjadi A.R.M.Y kepada kumpulan ini,

A post shared by John Cena (@johncena) on

BTS x AOKI. #comingsoon

A post shared by Steve Aoki (@steveaoki) on

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE