SEARCH

PREMIER ‘PERFECT ILLUSION’: MUZIK VIDEO TERBARU DARI LADY GAGA

PREMIER ‘PERFECT ILLUSION’: MUZIK VIDEO TERBARU DARI LADY GAGA

perfectillusiongaga3_stailmyGood news little monsters! Our Mother Monster has come back!

Setelah hampir tiga tahun dalam hiatus, Stefani Joanne Angelina Germanotta atau Lady Gaga kembali ke pentas muzik Hollywood dalam penampilan muzik video perdana, ‘Perfect Illusion’, yang pertama dari album terbaru, ‘Joanne’.

Muzik video arahan pengarah kreatif ternama Hollywood, Brandon Maxwell ini bermula seperti zaman underground Gaga dahulu, zaman sebelum dia dikenali dan terkenal seluruh dunia. Gaga memakai celana jeans pendek compang-camping sambil memandu Wrangler di tengah-tengah gurun yang terik tandus. Dengan tema mencari cinta yang penuh ilusi, Gaga seterusnya bergembira bersama segerombolan anak muda yang datang entah dari mana, berpesta sehingga malam hari.

“Dia (Joanne) wanita masa lalu saya,” – Lady Gaga, 15 September 2016.

Sepertinya, Gaga mahu mengembalikan dirinya yang lama dan bercerita tentang sejarah hidup dia yang lalu. Ini terlihat melalui tajuk album, “Joanne” yang diambil dari nama tengah Gaga, yang juga nama restoran milik keluarganya di Italy (Joanne Trattoria) dan nama ibu saudara yang Gaga paling sayangi.

perfectillusiongaga1_stailmy

“Sudah pasti ada pahit-manis sepanjang menghasil album ini. Ia bukan yang terakhir, cuma yang terakhir bagi saat ini. Ia (Joanne) asal mulanya peristiwa,” jelas Gaga dalam satu wawancara bersama Zane Lowe dari BBC Radio 1, England.

Album ini sangat istimewa kerana terdapat nama-nama besar industri muzik Hollywood dan England yang turut menyumbang dalam penghasilan Joanne, antaranya; Mark Ronson, Kevin Parker (Tame Impala), BloodPop, Florence Welch, Josh Homme dan Hillary Lindsey. Joanne akan berada di pasaran pada tanggal 21 Oktober 2016.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE