SEARCH

7 Muzik Video 7 Artis, Untuk Lagu Karaoke Kamu Yang Terbaik

7 Muzik Video 7 Artis, Untuk Lagu Karaoke Kamu Yang Terbaik

Rocketfuel Entertainment pantas melancarkan tujuh muzik video untuk tujuh artis di bawah naungannya di seluruh cawangan Red Box.

Antara artis-artis yang ditampilkan seperti Hafiz Suip, Ara Johari, Syamel, Sufi Rashid dan Adira, termasuk dua nama baru yang harus diperkenalkan iaitu Masya Masyitah dan Farhan Mustapha.

Ayuh intai terlebih dahulu 7 muzik video 7 artis berikut untuk sesi dan lagu karaoke kamu yang lebih meriah dan menarik, seperti di bawah:

 

HAFIZ SUIP

Nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi, Hafiz Suip penyanyi bersuara emas yang kembali dengan lagu terbaharu berjudul “Hari Ini Dalam Sejarah”. Hafiz mengangkat momen-momen bersejarah dalam hidupnya sebagai inspirasi untuk lagu ini. Misalnya kelahiran putera sulungnya baru-baru ini.

 

SYAMEL

Selepas kejayaan “Lebih Sempurna” yang memberangsangkan, juara DuoStar ini mempertaruhkan pula “Biar Cinta”, kesinambungan single terdahulu dengan persembahan vokal yang lebih mantap dan bertenaga.

 

SUFI RASHID

Juara Akademi Fantasia 2015 kelahiran Singapura ini berkolaborasi dengan penyanyi serta penggubah lagu muda berbakat besar, Haqiem Rusli melalui lagu “Aku Sendiri” di mana dia mempamerkan kebolehan bermain piano.

 

ARA JOHARI

“Warkah Untukku” ternyata mendapat sambutan luar jangkaan dan sekaligus melonjakkan nama Ara Johari sebagai penyanyi baru yang perlu diberi perhatian. Lagu terbaru “Bunga” juga turut mendapat respons yang sangat positif.

 

ADIRA

Walaupun menyepi seketika, Adira tidak senyap begitu sahaja tetapi bangkit dengan lagu ‘Sembunyi’ yang memaparkan sisi lain dia yang tidak pernah kedengaran sebelum ini, lalu menonjolkan kebolehannya sebagai penyanyi yang versatil.

 

Farhan Mustapha

Setelah beberapa tahun berjuang dan menyertai pelbagai rancangan realiti nyanyian, Farhan muncul dengan lagu ciptaannya sendiri. Dia meluahkan rasa hati dalam lagu sulungnya yang bertajuk “Wayang”. Sedikit nota kaki, Farhan yang sinonim dan lebih selesa menyanyikan lagu-lagu genre balada ini juga adalah bekas peserta Mentor Milenia 2017 yang lalu.

 

Masya Masyitah

Ahli termuda dalam keluarga besar Rocketfuel Entertainment, Juara Ceria Popstar 2 ini tampil dengan pendekatan yang lebih matang dalam menyanyikan lagu terbarunya yang berjudul “Mawar Terbiar”.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE