SEARCH

8 Lagu Raya 2019 Untuk Raya Kamu Tambah Meriah

8 Lagu Raya 2019 Untuk Raya Kamu Tambah Meriah

Tak lengkap Hari Raya Aidilfitri tanpa lagu-lagu raya yang berkumandang menemani suasana. Lagu-lagu nostalgia seperti lagu legenda, “Selamat Hari Raya” kidungan primadona Malaya, Saloma atau pun “Suara Takbir” dendangan Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee biasa didengari di musim perayaan terbesar negara ini. Namun, saban tahun artis-artis generasi baru tempatan mencuba ‘menempa nama’ atau memahat legasi mereka dengan penghasilan lagu raya versi baru dan untuk versi lagu raya 2019 tidak terkecuali.

Seru Hari Lebaran 7 Lagu Raya 2019 Untuk Raya Kamu Tambah Meriah

Senarai main lagu raya tahun ini saya susunkan dengan santai, tanpa meletak susunan. Layankan 8 Lagu Raya 2019 generasi baru ini untuk menyambut raya kamu agar lebih meriah, seperti di bawah:

 

Bersyukur Seadanya – Hael Husaini

Lagu ‘Bersyukur Seadanya’ ini sedang sohor kini di laman Youtube dan laman-laman media sosial utama berkat tarian tular yang dicipta sendiri oleh empunya lagu, Hael Husaini. Malah lirik dan susunan lagu juga ditulis dan digarap oleh Hael bersama Ezra Kong. ‘Bersyukur Seadanya’ adalah lagu raya segar yang dihembuskan nafas baru untuk generasi baru.

 

Sempurna Seadanya – Artis Rocketfuel

Masih mengekalkan tema yang sama, ‘Sempurna Seadanya’ didendangkan oleh empat penyanyi naungan Rocketfuel Entertainment yang semakin mendapat tempat di hati peminat tempatan iaitu Sufi Rashid, Ara Johari, Usop dan Masya Masyitah. ‘Sempurna Seadanya’ mengekalkan mood Raya dengan muzik riang ria.

 

Menanti Di Aidilfitri – Artis FMC Music

Turut dinyanyikan oleh empat penyanyi, ‘Menanti Di Aidilfitri’ dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi di bawah naungan FMC Music seperti Wany Hasrita, Wani Syaz, Muna Syahirah dan Wan Azlyn. Penampilan istimewa pelakon Azhan Rani dalam muzik video ini sebagai bapa kepada keempat-empat gadis tersebut. Jika kamu suka melayan perasaan, ‘Menanti Di Aidilfitri’ sesuai untuk kamu.

 

Seru Hari Lebaran – Erni Zakri & Syamel

Dalam banyak-banyak lagu raya baru, saya paling suka lagu ‘Seru Hari Lebaran’ nyanyian duo popular Syamel dan Erni Zakri ini. Ia menghadirkan vibe lagu raya lama dan lengkap dengan irama Melayu yang klasik. Saya jangkakan lagu ini akan ‘bertahan’ lama dan mengharapkan ia memasuki senarai lagu raya malar hijau yang kita ada.

 

Selamat Berhari Raya – Ariff Bahran & Sarah Suhairi

Buat pertama kali, Ariff Bahran dan Sarah Suhairi digandingkan bersama untuk sebuah lagu raya. Terbitan Rusa Music, ‘Selamat Berhari Raya’ berirama Melayu seperti ‘Seru Hari Lebaran’. Lirik dan lagu oleh Sang Hitam dan Rudy Kasmara.

 

Tak Dapat Raya – Floor 88 & Baby Shima

Ia seperti lagu-lagu Floor 88 yang lain, cuma ia sebuah lagu raya. Kumpulan ini bergandingan bersama Baby Shima sekali lagi untuk ‘Tak Dapat Raya’. Istimewanya lagu raya ini adalah semua ahli kumpulan Floor 88 pun turut menyanyi bersama.

 

Raya Balik – Elyana

Yang paling-paling tidak disangka, Elyana pun turut mengeluarkan lagu raya. Diberi tajuk ‘Raya Balik’, ia sketsa lucu tentang gadis desa di Hari Raya. Ia lagu yang rancak dengan vibe 50an. ‘Raya Balik’ adalah terbitan rumah rakaman Indigital Sdn Bhd.

 

iNANG DI HARI RAYA – PENYAMPAI RAKITA, ARA JOHARI & USOP

Lagu yang ditulis dan disusun oleh komposer Amy Bong ini dinyanyikan secara beramai-ramai oleh semua penyampai radio RAKITA yang terdiri daripada Zora, Bob, Aqilah, Agam, Anas, Zooey, Atoi dan Kak Bed bersama Ara Johari dan Usop.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE