SEARCH

Shila Amzah Nyanyi Lagu Tema Aladdin Versi Bahasa Melayu

Shila Amzah Nyanyi Lagu Tema Aladdin Versi Bahasa Melayu

The Walt Disney Company mengumumkan Shila Amzah dan Hael Husaini sebagai suara sang Puteri Jasmine dan Aladdin untuk Disney’s Live Action Aladdin versi Bahasa Melayu.

Paling istimewa, selain daripada menyuarakan Puteri Jasmine, Shila juga akan menyanyikan semua runut muzik filem Aladdin, termasuk ‘Speechless’ dan lagu tema ‘A Whole New World’ bersama pemenang #AJL32 dan #AJL33, Hael Husaini. Semua lagu ini tersedia dalam versi Bahasa Melayu dan akan dilayarkan di Spotify bermula 24 Mei 2019.

‘A Whole New World’ atau ‘Dunia Baru’ dijangka bakal menjadi siulan ramai kerana Aladdin adalah filem klasik Disney yang disukai dan popular sejak beberapa generasi bukan sahaja di dunia malah di Malaysia. Ia adalah filem animasi klasik yang disayangi semua. Kanak-kanak yang berusia sedari tiga tahun hingga generasi emas dapat menikmati dan berkorelasi dengan animasi ini.

Shila Amzah Nyanyi Lagu Tema Aladdin Versi Bahasa Melayu 1

Puteri Jasmine adalah watak wanita berani yang tidak segan menentukan nasibnya sendiri. Kami melihat ciri-ciri ini ada dalam diri Shila Amzah. Syarikat Walt Disney terus berusaha untuk bekerjasama dengan artis-artis tempatan yang berbakat untuk membawa hiburan yang berkualiti kepada penonton di Malaysia,” kata Tom Batchelor, Naib Presiden Studio, Hiburan dan Muzik Disney (Asia Selatan).

Filem aksi adaptasi dari animasi klasik Disney yang mendebarkan ini berkisahkan tentang perjalanan hidup seorang pemuda miskin, Aladdin (Mena Massoud) yang jatuh cinta dengan sang puteri yang cantik dan rupawan, Jasmine (Naomi Scott).

Cinta antara dua darjat ini dihalang ahli sihir jahat, Jafar (Marwan Kenzari) yang mendambakan harta dan kekayaan kerajaan ayahanda Jasmine yakni Sultan (Nasim Pedrad). Segalanya berubah apabila Aladdin terjumpa lampu ajaib yang didiami oleh Genie (Will Smith) yang bakal mengubah takdir mereka.

Aladdin diarah oleh sutradara Guy Ritchie (Sherlock Holmes), dituliskan oleh John August (Dark Shadows) berdasarkan novel klasik ‘Aladdin’ versi Disney. Asal kamu tahu, kisah Aladdin adalah salah satu karya dalam Hikayat 1001 Malam (Kitāb ‘Alf Layla wa-Layla), yang berasal daripada kisah dongeng masyarakat Arab yang terkenal.

Dengan perayaan Hari Raya dan musim cuti sekolah penggal pertengahan tahun yang bakal berkunjung tiba, kamu dan sanak keluarga dapat meluangkan masa bersama di pawagam mulai 23 Mei 2019 ini, yang tersedia dalam dua seleksi bahasa iaitu versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

KREDIT GAMBAR: EH! MALAYSIA

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE