SEARCH

Lana Del Rey dan Jared Leto Sebagai ‘Pasangan’ Paling Menyerlah di Met Gala 2018

Lana Del Rey dan Jared Leto Sebagai ‘Pasangan’ Paling Menyerlah di Met Gala 2018

Lana Del Ray dan Jared Leto mungkin sahaja menjadi ‘pasangan’ (atau gandingan?) yang paling stailish dan grand di karpet merah Met Gala 2018, kali ini.

Pasangan yang paling menarik perhatian ini tampil sesuai sekali dengan tema “Heavenly Bodies: Fashion & the Catholic Imagination”. Tak terduga, bukan? Pasangan yang paling menyerlah adalah mereka.

Tanpa ragu, Jared Leto tampil sebagai reinkarnasi Jesus Christ dan Lana pula sebagai Virgin Mary yang mempunyai aksesori sayap di kepala. Tambah pula simbol hati di tengah-tengah dadanya. Perfect.

Mereka mengalahkan pasangan bercinta yang hadir di majlis fesyen serba eksklusif itu. Atau apakah mereka benar-benar sedang bercinta? Kita hanya boleh berharap.

Yang pasti, mereka berdua melewati karpet merah kerana menyarung Gucci, malah turut hadir bersama di sisi pereka dan Pengarah Fesyen Gucci, Alessandro Michele, sepanjang petang gemerlapan tersebut.

We can dream, though. Dengan ketampanan Jared Leto yang menawan hati dan senarai bekas teman wanita terkenal dia yang panjang, segalanya mungkin.

Mereka selalu bertemu sebagai sahabat baik. Tiada sejarah romantis antara mereka berdua di masa lalu, tetapi apa yang kita boleh rumuskan melalui penampilan dua selebriti ini di karpet merah Met Gala 2018 adalah sebagai pasangan paling stailish yang turun dari syurga Gucci.

Lana Del Ray dan Jared Leto di MET GALA 2018 BY STAIL.MY 1

on

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE