SEARCH

Violet Bent Backwards Over The Grass: Tajuk Buku Sajak Lana Del Rey

Violet Bent Backwards Over The Grass: Tajuk Buku Sajak Lana Del Rey

Selain sibuk mengerjakan album terbaru bertajuk “Norman Fucking Rockwell”, Lana Del Rey berkata yang dia akan menerbitkan buka sajak dan pujangga yang bertajuk Violet Bent Backwards Over The Grass.

Buku pujangga tentang cinta dan kehidupan ini sudah pun tertulis 13 sajak panjang, sah Lana sebelum dia mengumumkan tajuk album terbarunya itu pada 18 September lalu. ‘Violet Bent Backwards Over The Grass’ juga bakal terbit awal 2019.

Bercakap dengan Zane Lowe dari BBC Radio 1, pemuzik, penulis lirik dan penyanyi wanita versatil ini berkata dia banyak menulis puisi dan sajak sejak kebelakangan ini dan mahu berkongsi bersama peminat di serata dunia. “Saya tak rasa saya mahu menerbitkan (sajak) ini sehinggalah tiga mingu lalu,” canda Lana tentang buku sajaknya itu.

Lana Del Ray Violet Bent Backwards Over The Grass by STAIL.MY 1

“Saya menulis 13 sajak panjang dan mula mengepilkannya bersama dan secara tiba-tiba terfikir yang saya patut menerbitkannya menjadi senaskah buku. Entah dari mana idea ini datang, saya melihatnya seakan-akan buku. Boleh sahaja saya menerbitkannya sendiri tetapi saya tiada kepakaran dalam bidang pengedaran buku,” tawa dia di temuramah itu.

Lana juga menyingkap rahsia tentang tajuk buku pujangga itu, “Buat masa ini, saya namakan buku ini sebagai Violet Bent Backwards Over the Grass. Saya cedok daripada satu rangkap sajak kegemaran saya yang saya tuliskan tadi… Yeah sajak itu bertajuk Seven Years Old with Dandelions Grasped Tightly in Her Hand,” jelas Lana lanjut.

Sementara itu, Lana berkongsi lagu keduanya bertajuk “Venice Bitch”. Trak yang berdurasi 10 minit ini adalah terbitan kedua Jack Antonoff (penerbit yang sama menerbitkan muzik untuk Taylor Swift dan Lorde) sebelum lagu Lana yang pertama dan terbaru bertajuk “Mariners Apartment Complex”.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE