SEARCH

Lelakimu Yang Dulu: Masihkah Ada Cinta di Hati Sharnaaz Ahmad?

Lelakimu Yang Dulu: Masihkah Ada Cinta di Hati Sharnaaz Ahmad?

Diuji dengan kemelut rumah tangga kini, adakah masih ada cinta di hati Sharnaaz Ahmad? Ternyata, masih ada cinta berbunga di hati Sharnaaz tetapi cinta ini hanyalah cinta di antara Hazrul dan Daliya, dalam drama terbaharu Lelakimu Yang Dulu bersama Nelydia Senrose di slot Akasia mulai 19 September ini.

Sekali lagi, drama 28 episod arahan Eoon Shuhaini terbitan Mache Allstar United Sdn. Bhd. ini menggandingkan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose sebagai pelakon utama dan dibantu oleh barisan pelakon lain seperti Redza Rosli, Ungku Hariz, Reen Rahim, Nadia Brian, Azizah Mahzan, Dato’ Jalaluddin Hassan dan Dian P. Ramlee.

Poster Lelakimu Yang Dulu

‘Lelakimu Yang Dulu’ mengisahkan tentang konflik rumah tangga antara Hazrul (Sharnaaz Ahmad) dan Daliya (Nelydia Senrose) apabila mereka terpisah selepas Hazrul ditangkap atas cubaan merogol. Selepas Hazrul ditangkap, Daliya bertemu Hazrul dan ingin mendapatkan penjelasan langsung dari suaminya itu. Namun, Hazrul cuma berdiam diri.

Daliya cuba menuntut cerai tetapi Hazrul enggan melepaskanya. Lalu Daliya mengambil keputusan untuk membawa diri. Beberapa bulan kemudian, Daliya masih buntu memikirkan masa hadapannya, lebih-lebih lagi dia disahkan mengandung. Namun, kandungannya itu dirahsiakan daripada pengetahuan Hazrul.

Takdir menentukan, Daliya bertemu dengan Nazli (Redza Rosli) apabila dia pengsan selepas hampir dilanggar kereta.

Kehidupan Daliya berubah selepas tinggal di rumah Ibu Maryam (Azizah Mahzan) sekeluarga. Dia bekerja sebagai tukang jahit di kilang langsir Ibu Maryam. Kehadiran Daliya disenangi, lebih-lebih lagi oleh Nazli apabila dia mula jatuh hati dengan Daliya. Berlainan pula dengan Zana (Nadia Brian), dia tidak suka pada Daliya dan cemburu dengan layanan baik keluarganya terhadap Daliya.

Selepas dua tahun, Hazrul dan Daliya bertemu semula. Anak yang dirahsiakan itu akhirnya diketahui oleh Hazrul. Hazrul berusaha untuk mendapatkan anaknya semula, Isyraf untuk membalas dendam pada Daliya. Bagi Hazrul, Daliya adalah isteri yang tak setia. Daliya meninggalkannya sewaktu dia kehilangan segalanya.

Adakah rasa dendam akan terus mengatasi rasa cinta Hazrul buat Daliya? Dapatkah Daliya menerima Hazrul kembali? Masihkah ada cinta antara mereka? Apakah Hazrul masih ‘Lelakimu Yang Dulu’?

Saksikan Lelakimu Yang Dulu yang diadaptasi daripada novel nukilan Farah Darianna terbitan Idea Kreatif, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam hanya di TV3.

GAMBAR-GAMBAR EKSKLUSIF (SEBELUM KELUAR TV) ‘LELAKIMU YANG DULU’

Lelakimu Yang Dulu: Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose dan Irfan

Lelakimu Yang Dulu: Masihkah Ada Cinta di Hati Sharnaaz Ahmad?

Lelakimu Yang Dulu: Nelydia Senrose

Lelakimu Yang Dulu: Nelydia Senrose & Redza Rosli

Lelakimu Yang Dulu: Nadia Brian

Lelakimu Yang Dulu: Nelydia Senrose

Lelakimu Yang Dulu: Reen Rahim

Lelakimu Yang Dulu: Ungku Hariz

Lelakimu yang dulu: Azizah Mahzan

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE