SEARCH

LifeWear Magazine Untuk Pedoman Fesyen Kamu!

LifeWear Magazine Untuk Pedoman Fesyen Kamu!

Buat kamu semua pencinta segalanya tentang UNIQLO, berita ini pasti boleh didakap kamu dengan gembira! Rumah fesyen terkenal dari Negara Matahari Terbit ini senang melancarkan LifeWear Magazine – majalah fesyen dan gaya hidup yang paling cool secara percuma!

Edisi pertama sudah pun dijadualkan sejak Koleksi Luruh/Dingin 2019. LifeWear Magazine mempamerkan bagaimana ‘LifeWear’ membias komitmen UNIQLO untuk mencipta pakaian sempurna bagi memenuhi keperluan gaya hidup seseorang.

Takahiro Kinoshita selaku Pengarah Kreatif di Fast Retailing Co Ltd dipilih sebagai ketua pengarang bagi menerajui majalah lengkap 120 muka surat ini. Buat masa ini, LifeWear Magazine hanya boleh didapati dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun sahaja.

Content Uniqlo LifeWear Magazine

UNIQLO LifeWear Magazine diedarkan kira-kira sejuta salinan di serata dunia

“Saya berasa amat bertuah kerana mendapat peluang ini untuk melancarkan majalah. Pelbagai peristiwa menarik berlaku sepanjang enam bulan lalu dalam menghadapi cabaran menyampaikan intipati LifeWear.

Saya berharap dapat meningkatkan jumlah kitaran secara beransur-ansur serta pembaca-pembaca yang menanti setiap isu penerbitan majalah ini, sama ada dalam bentuk cetak, mahupun digital,” ucap Takahiro.

Roger Federer

Sedikit intaian, kandungan isu sulung LifeWear Magazine menampilkan variasi isu, termasuk temuramah bersama Duta Global UNIQLO, Roger Federer serta liputan koleksi UNIQLO U, kerjasama UNIQLO bersama JW ANDERSON dan kisah benar penduduk marhaen stailish yang tinggal di Los Angeles.

UNIQLO LifeWear Magazine boleh didapati secara fizikal di butik UNIQLO terpilih (buat masa sekarang hanya di Jepun). Jika kamu kebetulan berada di Jepun, kamu juga boleh dapatkan majalah ini di rantaian Kedai Buku Tsutaya.

Buat kamu di Malaysia yang tidak sabar untuk membacanya, layari versi digital di UniqloLifeWearMagazine/jp/en

Uniqlo LifeWear Magazine Cover

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE