SEARCH

The Lion King 2019: 8 Perbandingan Filem Yang Asal & Baru

The Lion King 2019: 8 Perbandingan Filem Yang Asal & Baru

Terdapat dua reaksi besar selepas Disney melepaskan iklan acah pertama untuk The Lion King 2019. Ada reaksi girang, ada juga yang kebingungan.

Mereka yang terpesona, begitu mempamerkan semangat yang berkobar-kobar ketika kali pertama melihat The Lion King (TLK) sebagai salah satu animasi 2D teragung yang pernah terciptakan oleh Disney pada 1994 ini. Padahal mereka yang terkesima masih tertanya-tanya mengapa pihak Disney perlu membikin semula TLK takut-takut kalau ‘merosakkan’ memori zaman kecil mereka dengan kemungkinan jalan cerita yang baru atau penyuntingan yang berlebihan.

Penting untuk dicatat, kita semua belum mengetahui apakah TLK yang baru ini animasi buatan-semula dengan jalan cerita yang sama atau animasi baru dengan jalan cerita baru yang diubah sepenuhnya. Namun melalui trailer, babak ketika Rafiki (disuarakan oleh John Kani) mengumumkan kelahiran Simba (Donald Glover) kepada sekalian warga rimba, kita masih boleh melihat sinematografi yang dipaparkan sama dengan adegan-adegan yang dimainkan di dalam filem TLK yang asal.

Ia sangat mempesona dan jelas bahawa Jon Favreau selaku pengarah seni berjaya membawa kita semua kembali menyelami era emas kartun 1990-an dengan adegan ulang tayang, persis disajikan pada 1994 dahulu. Atau mungkin Favreau mengambil pendekatan “shot-for-shot” ini hanya sebagai strategi pemasaran? Kita tidak tahu mungkin dia hanya bermain wayang.

Perlu diingati, Favreau adalah pengarah seni yang sama yang membikin The Jungle Book (2016) dan ia tidaklah seratus peratus sama dengan animasi asal. Jadi ya, pasti ada banyak pertanyaan. Namun buat masa sekarang, saya kira kita semua boleh bersepakat dan bersetuju dengan efek dan visual cantik yang dipajang di dalam trailer yang menakjubkan dan mencuri perhatian ini. Adegan-adegan yang terperinci dan memori kecil indah yang kembali.

The Lion King 2019 disuarakan oleh Donald Glover sebagai Simba, Beyonce Knowles-Carter sebagai Nala, Chiwetel Ejiofar sebagai Scar, Bill Eichner sebagai Timon, Seth Rogen sebagai Pumba, Alfre Woodard sebagai Sarabi, John Kani sebagai Rafiki dan James Earl Jones sebagai Mufasa.

Yang jelas, Favreau dan pasukan kreatifnya sedang bertungkus-lumus dalam proses pembikinan filem animasi buatan semula ini. Sejauh mana ia mampu menarik minat penggemar setia dan penonton (terutama yang membesar menonton TLK) dan seterusnya blow your mind ketika kamu menontonnya, sama-sama kita nanti 19 Julai 2019, tahun hadapan.

 

Lihat juga 8 perbandingan antara (The Lion King 2019) yang asal & baru

1

 

2

 

3

 

 

5

 

6

 

7

 

8

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE