SEARCH

Senior Vs Junior, Zizan Razak ‘Berserah’ Kepada Ismail Izzani

Senior Vs Junior, Zizan Razak ‘Berserah’ Kepada Ismail Izzani

‘Berserah’ yang dimaksudkan bukanlah tentang beradu tenaga, tetapi beradu vokal dalam kolaborasi pertama penyanyi dan pelawak senior, Zizan Razak bersama penyanyi junior, Ismail Izzani untuk lagu terbaru mereka yang bertajuk Berserah.

Siapa yang tidak kenal dengan Zizan Razak, pelakon, pelawak dan pengacara merangkap penyanyi rap. Bukan sahaja mampu memberikan persembahan bersahaja di atas pentas dan layar lakonan, Zizan juga sering menunjukkan sisi lainnya kala menyampaikan lagu-lagu rapnya sendiri.

Kali ini Zizan tampil dengan lagu terbaru berjudul ‘Berserah’ bersama dengan seorang lagi bintang muda terkenal, Ismail Izzani yang mula mengukir nama sejak beberapa tahun lalu dan kini tersenarai sebagai salah seorang penyanyi lelaki baru yang diminati generasi baru.

Lagu hasil ciptaan komposer dan penyanyi rap, Alif dan lirik oleh Ariz ini kolaborasi pertama Zizan bersama Ismail Izzani. Ia membawa mesej positif secara tidak langsung mengajak orang lain untuk berbuat baik sesama sendiri.

Lagu ini membawakan mesej positif. Selain itu, penyampaian lagu hasil kombinasi generasi baru dan lama di antara Zizan Razak dan juga Ismail Izzani ini diharapkan boleh memberikan impak yang baik kepada semua yang mendengar tanpa mengira lapisan usia.

Berserah boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

 

Lirik Lagu Berserah

Lirik Lagu Berserah Nyanyian Ismail Izzani & Zizan Razak

Artist : Zizan Razak & Ismail Izzani
Title : Berserah
Composer : Alif
Lyrics : Ariz

Tuhan tolong ampunkan dosa-dosaku

Ku berserah kepadamu

Jika salah silap puncanya aku

Ku berserah kepadamu

Tapi ni pilihanku

 

[RANGKAP 1]

Sesamar malam, nampak kelibat balik bamboo

Terdengar berlagu keliru pungguk atau hantu

Atau mungkin aku, yang masih lagi ragu-ragu

Hingga terbalik baju masih jumpa jalan buntu

 

Satu dua kali salah, ada peluang lagi

Tapi jadi tiga kali, mana lagi mahu lari

Banyak hati ku sakiti dan janji yang diubah

Bukan bersama Jebat walau gaya tolak Tuah

 

Bukannya tak sedar aku kekhilafan

Kadang ku diduga untuk baiki kesilapan

Jadi alang-alang nekad, kusorokkan hakikat

Biar aku berserah kalau neraca ku diangkat

 

[KORUS 1]

Tuhan tolong ampunkan dosa-dosaku

Ku berserah kepadamu

Jika salah silap puncanya aku

Ku berserah kepadamu

Tapi ni pilihanku

 

[RANGKAP 2]

Tiada benci yang kekal, tiada kasih yang kekal

Penghujung tak sempurna bila cinta sukar tekal

Dibolak-balik pasti, dimainkan emosi

Diorak-arik dalih menghalal yang tidak boleh

 

Makin hari makin aku dapat lihatkan dejavu

Indah yang dirasa berbeza tak macam dilagu

Rawan mencengkam hati, disalah dan dicaci

Aku berdosa lagi demi kau yang kekal suci

 

Jadi selagi ada nyawa jangan siapa hukum aku

Selagi ada nyawa taubat itu hak aku

Jangan nak berdiri antara aku dan pencipta

Itu saja yang ingin ku pinta

 

[KORUS 2]

Tuhan tolong ampunkan dosa-dosaku

Ku berserah kepadamu

Jika salah silap puncanya aku

Ku berserah kepadamu

Tapi ni pilihanku

 

[OUTRO]

Satu kali salah, Dua kali salah

Tiga kali sampai berapa kali boleh salah

Lumrah manusiawi bila lebih dua kali

Takkan kita diberi peluang lagi

 

Ku berserah,

 

Bukan cuba tegakkan benang yang basah

Yang ku lakukan ini salah tetap salah

Tapi ini saja jalan walau jatuh hukum

Jumpa lagi nanti, salam

Assalamualaikum.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE