SEARCH

Aisyah Aziz Tampil Sensual & Klasik Untuk ‘Bila Entah’

Aisyah Aziz Tampil Sensual & Klasik Untuk ‘Bila Entah’

Selepas menjadi salah seorang peserta akhir Akademi Fantasia sekitar enam tahun lalu, penyanyi jelita kelahiran Singapura Aisyah Aziz, terus mengorak langkah dalam arena seni suara serantau dengan melancarkan single Bila Entah.

lirik bila entah aisyah aziz 1

Perkara yang saya suka tentang lagu ‘Bila Entah’ adalah lirik dan mood klasik yang diberi sentuhan elegan dan sensual.

Lagu hasil ciptaan pasangan pemuzik, Ezra Kong dan Hael Husaini ini mengisahkan tentang wanita yang telah ditinggalkan kekasihnya namun wanita itu masih meletakkan harapan yang tinggi untuk mendapatkan lelaki itu kembali. Wanita itu sanggup melakukan apa sahaja demi mendapat kebahagiaan daripada lelaki itu. Namun sayang lelaki itu pergi begitu sahaja tanpa meninggal khabar berita.

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records,

Aisyah Aziz mempunyai suara yang unik. Maka kita gunakan kelebihan tersebut dalam memberikan kelainan terhadap single terbarunya itu. Bukan itu sahaja, genre muzik yang akan dibawanya itu juga berlainan dari kebiasaan. Lebih lagi ia mendapat sentuhan daripada penyanyi dan komposer, Hael Husaini dan hasil kerjasama Ezra Kong. Diharapkan agar semua dapat menerima lagu Bila Entah”

Selain mengukuhkan nama di negaranya sendiri di seberang tambak, Aisyah juga berjaya mencipta nama di Malaysia. Berkat suaranya yang unik dan wajah yang cantik, Aisyah bukan sahaja sudah menjadi salah seorang penyanyi yang dikenali tetapi juga telah meraih banyak anugerah sepanjang kerjaya seninya yang baru sekitar lima tahun ini.

Bila Entah boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

“Sayang ku tak apa, Biar buta mata, Janji jasad kambus bersama.” – Aisyah Aziz

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE