SEARCH

Dengarkan Remake ‘Seloka Hari Raya’ Yang Dihembus Nafas Baru

Dengarkan Remake ‘Seloka Hari Raya’ Yang Dihembus Nafas Baru

Saya kira masih belum tamat lagi sambutan Hari Raya tahun ini, mood raya masih lagi menebal di sanubari. Bersempena Syawal 2019, Warner Music Malaysia (WMM) tampil menerbitkan lagu raya buatan semula (remake) iaitu Seloka Hari Raya yang dinyanyikan oleh barisan artis di bawah naungan rumah rakaman WMM untuk memeriahkan lagi minggu-mingu raya kamu.

‘Seloka Hari Raya’ versi remake ini membariskan artis-artis WMM yang turut terlibat dalam pembikinan lagu dan muzik video ini seperti Alyah, Andi Bernadee, Awie Rafael, Amir Hasan, Ajak Shiro, Bunga, Ezlynn, Kaka Azraff, Kucaimars, Layla Sania, Pasya Mentor 7 dan Yasin Sulaiman.

Mengulas tentang usaha merakam semula lagu raya malar hijau nyanyian asal Uji Rashid dan Hail Amir ini, Anne Mukhtar selaku Pengurus Promosi & Pemasaran Bahagian Domestik WMM berkata, “Rakaman semula lagu raya popular nyanyian Uji Rashid dan Hail Amir ini adalah satu usaha kami untuk memberi interpretasi moden ke atas sebuah lagu legenda yang menjadi siulan ramai ketika menjelangnya Hari Raya sejak dahulu lagi…” jelasnya.

Pengarah Urusan WMM, Darren Choy menambah, “Ia dinyanyikan semula oleh artis muda dan popular masakini. Seloka Hari Raya diharapkan dapat memberi nafas baru dan memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini,” ungkapnya.

Paling istimewa, WMM meluncurkan pula video muzik Seloka Hari Raya – Memoji, paparan visual menarik yang memaparkan artis-artis WMM menyanyi dalam bentuk avatar 3D wajah mereka sendiri menggunakan ciri teknologi yang dikenali sebagai Memoji. Memoji dirakam menggunakan iPhone XR.

Lebih menarik lagi, muzik video istimewa ini terhasil daripada buah fikiran dan inisiatif artis-artis WMM sendiri. Mengulas tentangnya, Anne Mukhtar menerangkan, “Bila mereka selalu bertemu atas urusan kerja, mereka selalu berbincang sesama mereka dan saling bertukar pandangan tentang muzik dan trend terkini.

Jadi bila mereka tampil dengan idea unik untuk membuat muzik video muzik menggunakan avatar 3D berdasarkan wajah mereka sendiri, pihak WMM merasakan ini peluang terbaik untuk memaparkan ciri peribadi mereka yang sebenar dalam format visual berbeza sekaligus mencipta kelainan,” terang Anne.

Seloka Hari Raya versi remake ini boleh didapati di semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music, iTunes, JOOX, KKBox dan Deezer. Manakala video muzik Seloka Hari Raya – Memoji boleh ditonton di saluran Youtube rasmi Warner Music Malaysia.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE