SEARCH

‘Takkan Terlerai’ Kasih Antara Syamel & Ernie Zakri

‘Takkan Terlerai’ Kasih Antara Syamel & Ernie Zakri

“Andai teguh takdir kita, Jauh terpisah bertaut jua, Usah ada sesiapa, Mendustakan cinta, Segala rasa tercipta, Menjemput bahagia, Takkan Terlerai”

Lirik lagu Takkan Terlerai Cinta Antara Syamel & Ernie Zakri 1 bercinta

Syamel dan Ernie Zakri bukanlah nama asing lagi dalam industri muzik tempatan. Gandingan mantap dua vokalis ini melayakkan mereka berdua menyandang gelaran ‘Vokal Terbaik’ di pertandingan Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL32) yang lalu. Semenjak kemenangan itu, mereka berdua sering digandingkan bersama dan setiap kolaborasi mereka pasti ditunggu peminat sejagat. Keserasian ini sekali lagi mempertemukan mereka berdua dalam sebuah lagi lagu berjudul ‘Takkan Terlerai’.

Lagu ini menjadi taruhan terbaru pasangan duet ini. ‘Takkan Terlerai’ adalah hasil gubahan pemenang tempat ketiga AJL33, Sharon Paul. Ia dicipta khas agar bersesuaian dengan gaya nyanyian pasangan duet ini, yang juga selari dengan permintaan pasaran sekarang. Lebih menarik lagi, liriknya pula mendapat sentuhan Fedtri Yahya dan juga dibantu oleh Syamel dan Ernie sendiri.

Menurut kenyataan media Rocketfuel Records, rumah rakaman mereka tidak tergesa-gesa mengeluarkan lagu baru kerana pertaruhannya cukup tinggi. Feros selaku Ketua Label Muzik berkata, “Sebelum ini banyak permintaan untuk kita cepat-cepat keluarkan lagu duet Syamel & Ernie Zakri kerana mereka tidak puas hanya dengan satu lagu. Kita mengambil masa kira-kira satu tahun dalam membuat persediaan untuk mencari lagu yang tepat dan bersesuaian. Maka lahirlah ‘Takkan Terlerai’ dan saya yakin lagu ini dapat memuaskan peminat pasangan duet ini dan untuk semua pencinta muzik tempatan”, ujarnya.

Takkan Terlerai boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video muzik lagu ‘Takkan Terlerai’ ini juga boleh ditonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE