SEARCH

#LitByMahSing – Lokasi #InSTAILgramworthy Terbaru Wajib Kamu Kunjungi!

#LitByMahSing – Lokasi #InSTAILgramworthy Terbaru Wajib Kamu Kunjungi!

Mah Sing Group Berhad (Mah Sing) sekali lagi mencipta ruang, kali ini dengan #LitByMahSing –  instalasi seni dan lokasi #inSTAILgramworty terbaru seluas 25,000 kaki persegi di Southville City, Bangi selama 8 minggu bermula 9 September sehingga 28 Oktober 2018!

Laman seni ini dipenuhi dengan pelbagai seksyen menarik, mengajak kamu bergambar sambil bermain dengan permainan-permaian interaktif yang tersedia menanti kamu di #LitByMahSing. Pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat, terutama keluarga dan golongan milenial, dijemput hadir dan paling sesuai menjejakkan kaki ke laman seni serba stailish ini.

#LitByMahSing by STAIL.MY 1

Pengarah Bahagian Strategi dan Operasi Kumpulan Mah Sing, Rachel Leong berkongsi, “Sepuluh tahun lalu, kebiasaannya kanak-kanak bermain dengan permainan-permainan fizikal seperti taman permainan, permainan papan dan aktiviti luar yang lasak. Sekarang, generasi kanak-kanak yang baru terlalu disuapkan dengan permainan maya, yang sangat mempengaruhi skil sosial dan interaksi mereka dengan dunia luar.

#LitByMahSing adalah lokasi permainan alaf baru yang paling sesuai untuk semua, terutama kanak-kanak untuk merasai pengalaman BERMAIN. Tiada peraturan, tiada agenda. Ruang ria ini kami wujudkan 100% untuk mengembalikan inspirasi dan keseronokan zaman permainan zaman kita semua membesar dengan sedikit sentuhan teknologi masakini untuk kesesuaian generasi terkini,” ucap Rachel.

#LitByMahSing by STAIL.MY 2#LitByMahsing memilki enam seksyen utama seperti “Kreatif”, “Bestari”, “Pembelajaran”, “Komuniti”, “Relaks” dan “Rasa”, di mana semuanya akan memberi satu pengalaman yang fun dan menyeronokkan. Keenam-enam tiang ini mendapat inspirasi daripada pembangunan bandar bijak Southville City, yang memberi pengalaman holistik kepada penduduknya.

Selain bergambar secara stailish, pengunjung juga dapat meluangkan masa di bahagian-bahagian khas seperti ruang membaca, taman kucing, bengkel solekan, yoga, pony ride, giant Jenga dan ruang permainan tradisional seperti congkak.

Usah khuatir kerana terdapat kira-kira 10 foodtrucks yang tersedia DI #LITBYMAHSING untuk mengisi perut kamu. Sambil bermain, sambil makan!

#LitByMahSing by STAIL.MY 3

Dalam banyak-banyak permainan interaktif di sini, permainan #LitByMahSing pilihan peribadi saya adalah ruang “Just Keep Swimming” yang mengandungi ribuan bola-bola kecil, memenuhi kolam renang merah dan “Pew Pew Pew” iaitu ruang tempur Nerf Gun dengan latar glow-in-the-dark.

#LitByMahSing turut disokong oleh BookXcess, Hypergear, NYX Cosmetic, Zalora, LaserOps, Photobook, SPCA dan ‘Science Bridge and Roboticit’. Beri perhatian, #LitByMahSing hanya dibuka untuk kunjungan umum pada hujung minggu – hari Sabtu dan Ahad sahaja – sepanjang 8 minggu (8 Sep – 28 Okt) tersebut.

#LitByMahSing by STAIL.MY 4

#LitByMahSing by STAIL.MY 5

#LitByMahSing by STAIL.MY 6

#LitByMahSing by STAIL.MY 7

#LitByMahSing by STAIL.MY 8

#LitByMahSing by STAIL.MY 9

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE