SEARCH

6 Lokasi Lokal Di MV ‘Forevermore’ by Yuna Yang Mendunia

6 Lokasi Lokal Di MV ‘Forevermore’ by Yuna Yang Mendunia

Perlis goes international! Begitulah yang terpaparkan di muzik video (MV) single terbaharu Yuna yang bertajuk Forevermore.

Diterbit oleh teman lama dan kolaborator seni, Robin Hannibal (Alina Baraz, DNCE, Kendrick Lamar) senang memilih Malaysia bagi menyempurnakan naskah terbaharu Yuna ini.

Yuna segera menemukan inspirasi dari melodi ‘syair’, sebuah bentuk puisi klasik Melayu. Forevermore dimulai dengan kelembutan irama ‘gurindam’ lalu diiringi oleh bunyi-bunyian tradisional Melayu seperti gamelan dan kompang yang akhirnya beransur-ansur menyatu menjadi irama kontemporari masa kini.

Forevermore adalah lagu yang saya tulis tentang membesar di desa, datang dari sebuah negara kecil serta bagaimana persekitaran itu membuat saya berusaha untuk menjadi yang terbaik. Saya masih ingat ketika saya masih muda, saya tidak sabar untuk keluar melihat dunia. Kini setelah berada di posisi ini (sebagai artis antarabangsa), saya menghargai asal muasal saya lebih dari segalanya,” kata Yuna.

Behind the scene BTS lokasi Forevermore Yuna

Bagi menghembus nafas pada lagu agar ia hidup dalam konteks visual, Yuna meminta sang suami, Adam Sinclair agar menjadi pengarah bagi muzik videonya ini. Pasangan selebriti yang berpangkalan di Los Angeles ini memutuskan tempat terbaik untuk merakam MV Forevermore adalah Malaysia, terutamanya sekitar Lembah Klang dan Perlis.

“Saya ingin mengetengahkan Perlis kerana di situlah saya menghabiskan sebahagian besar zaman kanak-kanak saya. Saya ingin menunjukkan betapa indahnya Perlis dan betapa ia tidak tersentuh oleh modernisasi, yang sangat saya cintai.”

Saat bekerja dengan Sinclair, Yuna berkata, “Ini adalah pengalaman yang sangat istimewa bagi saya kerana ia diarahkan oleh suami saya sendiri. Walaupun kami berdua memang dari Malaysia, kami berasal dari negeri yang berlainan dan Perlis agak asing baginya (Adam Sinclair). Jadi dia berupaya menangkap babak-babak dan esen keindahan (yang sedia ada di Perlis) yang jarang sekali dipandang tinggi sebelum ini.”

Yuna menyebut MV Forevermore sebagai “penggambaran unggul tentang memori masa kecilku”. Citra yang digunakan adalah adegan klasik yang membentuk kehidupan penyanyi yang pernah membesar di negeri Indera Kayangan dan kemudiannya ibukota Kuala Lumpur ini.

“Kami mahu menunjukkan Malaysia dengan cara yang berbeza – bukan seperti yang biasa kamu lihat di video-video tipikal kembara – kami ingin mempamerkan keindahan yang tersirat, unik dan eksentrik (yang dekat dengan jatidiri Malaysia) seperti Proton Saga, stesen minyak lama, kedai serbaneka desa, stadium bertaraf dunia pertama (yang pada hemat saya masih memiliki senibina terbaik sehingga kini), budaya motosikal yang sering dipandang serong oleh masyarakat dan warga emas pelbagai kaum di Malaysia yang sudah melihat peredaran zaman sepanjang usia mereka,” terang Yuna lagi.

Selain nostalgia yang dibawakan oleh imej-imej Forevermore ini, Yuna mahu agar kita tidak melupakan hal-hal yang sederhana kerana di dalamnya tersurat isi nan indah dan cantik dalam kehidupan.

lokasi Forevermore Yuna review

6 Lokasi Tempatan Forevermore Yang Menangkap Perhatian

 

1 – Stesen Minyak, Taman Sri Embun, KANGAR

lokasi Forevermore Yuna Buroq Oil

 

2 – Empangan Timah Tasoh, PERLIS

lokasi Forevermore Yuna Empangan Timah Tasoh 1

 

3 – Sawah Padi, Bukit Keteri, Perlis

lokasi Forevermore Yuna bukit Keteri

 

4 – Kampung Pengkalan Asam, Kangar

lokasi Forevermore Yuna Kampung Pengkalan Asam

 

5 – Batu Caves, Selangor

lokasi Forevermore Yuna Batu Caves

6 – Stadium Shah Alam, Selangor

lokasi Forevermore Yuna Stadium Shah Alam

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE