SEARCH

MAKE ME: BRITNEY SPEARS KEMBALI DENGAN RENTAK EDM YANG MENGGODA

MAKE ME: BRITNEY SPEARS KEMBALI DENGAN RENTAK EDM YANG MENGGODA

Britney2_stailMY

Mungkin tiada lagi superstar pop yang mampu melewati karpet merah dan mengalihkan semua perhatian spotlight Hollywood ke arahnya setiap kali membuat penampilan semula. Bintang besar yang bernama Britney Spears ini kembali menyinar dengan lagu terbaru ‘Make Me’, lagu yang berunsur EDM digarap sempurna oleh penerbit dari United Kingdom, BURNS dengan kolaborasi bersama rapper G-Eazy. Lirik lagu ini hasil nukilan Joe Janiak.

‘Make Me’ mengandungi runut bunyi EDM yang harmoni dan berirama. Dengan suara Britney yang gemersik menggoda ia turut diselang-seli dengan bunyi dubstep boom-bap. Baru beberapa hari dilancarkan, ‘Make Me’ berjaya mengenepikan penyandang nombor satu yang juga bekas kekasihnya, Justin Timberlake’s ‘Cant Stop The Feeling’ di iTunes, carta 100 Apple Music.

Siapa sangka Puteri Pop Hollywood ini mampu berenang bersama ampuhan muzik EDM yang kini menjadi pilihan corong-corong muzik kelab malam terkemuka atau pilihan anak muda masa kini amnya. Mungkin Britney mahu generasi milenial hari ini mengenali siapa gerangannya dia yang pernah menggegar dua generasi sebelum ini. Hey Britney! You rock!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE