SEARCH

Margot Robbie Sebagai Barbie Untuk Live-Action Movie!

Margot Robbie Sebagai Barbie Untuk Live-Action Movie!

Warner Bros akhirnya sudah memeterai perjanjian dengan Mattel untuk filem adaptasi Barbie, di mana Margot Robbie terpilih sebagai Barbie!

Tidak hanya memegang watak utama, Robbie turut berperanan sebagai penerbit-bersama di bawah label rumah rakamannya sendiri, LuckyChap Entertainment Company. Robbie Brenner selaku penerbit utama. Ia adalah filem aksi langsung Barbie pertama yang dibawa oleh Mattel Films bersama kolaborasi pertama mereka dengan Warner Bros. Pictures.

Awalnya, filem ini dijadualkan untuk dikelola oleh Sony Pictures, tetapi ditarik semula hak penyiarannya oleh Mattel atas sebab teknikal dan alasan yang dirahsiakan. Menurut laporan Variety, filem keluaran Mattel Films ini memilih Margot Robbie sebagai Barbie kerana dia baru sahaja bernaung di bawah studio Warner berkenaan.

Margot Robbie sebagai Barbie Live action Movie 1

Seperti yang semua tahu, sepatutnya Amy Schumer membintangi sebagai Barbie di perancangan asal sebelum menarik diri atas alasan jadual yang padat. Kemudian Anne Hathaway terpilih namun menolak atas sebab kesuntukan masa.

Filem ini sebenarnya dijadualkan untuk pasaran Hollywood pada 29 Jun tahun lalu, namun dijadual semula pada 8 Mei 2020 akibat beberapa konflik dalaman dan pengumumann baru Margot Robbie sebagai Barbie.

Belum lagi diketahui jika skrip asal yang berisi komedi ringan itu (yang sepatutnya digunakan untuk pelawak Amy Schumer) bakal digunakan semula untuk Margot Robbie. Buat masa ini Mattel Films belum lagi mengesahkan.

Margot Robbie sebagai Barbie Live action Movie 2

Sebelumnya, Robbie memang dikenali memegang watak-watak ranggi dan serius, seperti Harley Quinn untuk ‘Suicide Squad’ dan Tonya Harding untuk ‘I, Tonya’ serta Naomi Denham dalam ‘The Wolf of Wall Street’ di samping Leonardo DiCaprio. Dia juga memegang watak Queen Elizabeth I untuk filem ‘Mary Queen of Scots‘.

Saya ternanti-nanti apakah watak dan karakter yang bakal dibawa Margot Robbie untuk filem Barbie yang belum pun hadir dengan tajuk rasmi ini. Harapnya tidak ada lagi pertukaran watak utama kerana saya merasakan Margot Robbie memang sesuai memegang watak sebagai patung ikonik kegemaran ramai ini.

We can’t wait!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE