SEARCH

Marvel Studios: Ten Years of Heroes ‘Assemble’ Di KL!

Marvel Studios: Ten Years of Heroes ‘Assemble’ Di KL!

Avengers! Assemble! Untuk Marvel Studios: Ten Years of Heroes!

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bersama isteri, Tun Siti Hasmah berbesar hati merasmikan pameran Marvel Studios: Ten Years of Heroes di Aras 10, Pavilion Elite

 

Perkhabaran baik buat semua peminat Marvel di Malaysia!

Bermula dari 28 Jun hingga 27 Oktober 2019, kamu berpeluang menjelajahi dunia multi-deria dari filem-filem adiwira Marvel Cinematic Universe (MCU) di sebuah pameran khusus, Marvel Studios: Ten Years of Heroes – pameran Marvel yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Diadakan di aras 10, Pavilion Elite, pengunjung dapat menghidupi semula sedekad momen MCU dengan melihat dengan lebih dekat prop-prop dan kostum asal adiwira Marvel terpilih, yang diterbangkan khas dari Hollywood. Terdapat 10 galeri yang mencatatkan pertualangan dari setiap watak adiwira-adiwira yang gagah berani ini, bermula dari filem Iron Man yang pertama sehingga Avengers: Endgame yang terkini.

Pameran ‘sepuluh tahun adiwira’ ini meneroka perjalanan watak-watak MCU yang paling terkenal dan dikenali ramai seperti Iron Man, Captain America, Thor, Guardian of the Galaxy, Black Panther, Ant-Man, Dr. Strange dan Captain Marvel. Terdapat permainan interaktif yang boleh kamu mainkan di setiap galeri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by STAIL.MY (@stail.my) on

Tiket boleh didapati secara atas talian di www.marvelexhibition.my

Paling istimewa, peminat Marvel yang membeli tiket mereka antara 21 Jun hingga 7 Julai layak menerima diskaun sebanyak 10% di semua kategori tiket.

Marvel Studios: 10 Years of Heroes dianjurkan oleh The Walt Disney Company Southeast Asia bersama Crave Alive dan Beast Kingdom dengan kerjasama Maybank, Samsung Malaysia dan KLOOK.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE