SEARCH

Adele VS Beyoncé After Match & Senarai Pemenang #GRAMMYS2017

Adele VS Beyoncé After Match & Senarai Pemenang #GRAMMYS2017

Grammys-2017-after-match-2-stailMY

Penyanyi bersuara lantang dari England, Adele berjaya mengunggui #Grammys2017 dengan memenangi lima anugerah Grammy – “Album Terbaik”, “Rekod Terbaik”, “Lagu Terbaik”, “Album Pop Vokal Terbaik” dan “Persembahan Pop Terbaik” – sekaligus menundukkan Beyoncé Knowles dalam ke semua tiga kategori utama yang dipertandingkan.

Kemenangan besar yang tak terduga ini, terutamanya anugerah “Album Terbaik”, membuatkan seluruh dewan sunyi sepi dan canggung dengan keputusan ‘The National Academy of Recording Arts & Sciences’ selaku penganjur.

Album “25” oleh Adele mendapat lebih perhatian juri merangkap ahli akademi yang terdiri daripada golongan elit kulit putih, rata-rata sudah berusia dan bersifat konservatif.

Album “Lemonade” oleh Beyonce pula dilihat terlalu bersifat provokatif dan terlalu “hitam” (too-black). Berkisahkan tentang perjuangan hidup dan pergelutan golongan kulit hitam di Amerika Syarikat.

Grammys-2017-after-match-3a-stailMY

Malahan, Adele sendiri merasakan yang Beyonce lebih layak memenangi “Album Terbaik” berbanding dirinya.

Ketika nama penyanyi British ini diumumkan sebagai pemenang, dia kelihatan sedih, terpinga-pinga dan kecewa dengan keputusan yang sangat berat sebelah ini. Belum pernah lagi dalam sejarah Anugerah Grammy, pemenang kelihatan sedih ketika memenangi anugerah.

Adele yang sedih menyapa penonton yang sedang terlopong. Bayangkan betapa kekoknya dia berada di atas pentas sebuah negara asing dan terpaksa menerima “anugerah” dan memberi ucapan.

Adele yang membesar dengan lagu-lagu Beyonce dan juga peminat penyanyi kulit hitam berbakat ini sejak usia 11 tahun lagi, akhirnya mendapat keyakinan ketika mengucapkan ucapan penyudah yang membekas.

Grammys-2017-after-match-3-stailMYThe artist of my life is Beyoncé, dan album dia bagi saya (“Lemonade”), sebuah album luar biasa,” – Adele

Pada saat itu, hanya jarak yang memisahkan dua insan seni yang berbakat besar ini. Namun hati mereka bersatu, melalui ucapan seterusnya.

“Dari lagu awak yang menyentuh perasaan saya dan rakan-rakan saya, menyentuh perasaan rakan-rakan kulit hitam saya, sangat berkuasa!”  teriak Adele dari atas pentas, berlatar belakangkan sekumpulan penerbit lelaki kulit putih yang bertepuk tangan dengan penuh “semangat”.

It was #GrammysSoWhite come to life.

Grammys-2017-after-match-4-stailMY

Anugerah Grammy ini saya kira diadili oleh diktator kulit putih elit yang berfikiran kanan, mengundi seperti negara yang hanya punya satu parti, dalam sebuah negara yang sedang terpisah.

Barisan selebriti “berwarna” kelas pertama seperti Jay Z, Jennifer Lopez dan Rihanna hanya mampu duduk “sopan” dan “diam” di kerusi barisan hadapan.

Sementara artis-artis kulit hitam yang lain seperti Kanye West, Frank Ocean dan Kendrick Lamar terus-terusan memboikot temasya muzik utama dunia yang satu ini.

Grammys-2017-after-match-6-stailMY

Queen Bey yang susah payah membuat persembahan dalam adi busana serba emas bak ‘Lady Liberty’ futuristik, mencuri perhatian dan lampu sorot malam #GRAMMYS2017 dengan persembahan muzikal spiritual yang sangat mengagumkan. Memberi pula ucapan tentang kuasa “penentangan” yang berbunyi,

“PENTING MEMBERI SUATU IMEJ BUAT ANAK-ANAK SAYA. IMEJ YANG MEMBIAS KECANTIKAN MEREKA. SUPAYA MEREKA MEMBESAR DALAM DUNIA YANG DI MANA KETIKA MEREKA MELIHAT CERMIN, MEREKA MELIHAT KELUARGA DAN MELIHAT DIRI MEREKA SENDIRI TANPA ADA RASA SANGSI YANG MEREKA CANTIK, BIJAKSANA DAN GELIGA.” – BEYONCÉ KNOWLES

Grammys-2017-after-match-5-stailMY

Makanya, menghargai bakat sebesar Beyoncé Knowles tidak cukup dengan hanya menganugerahi Ratu Creole ini dengan anugerah-anugerah yang sinonim dengan muzik kulit hitam.

Memang benar, dia sudah memenangi 22 anugerah Grammy sepanjang karier muziknya sejak 1997, namun hanya empat daripada kategori itu termasuk dalam semua kategori (all-genre).

Beyoncé Knowles juga kalah tiga kali dalam kategori “Album Terbaik” sebelum ini kepada tiga artis kulit putih, antaranya Beck, Taylor Swift dan terbaru Adele.

Bagi saya, selagi Grammy tetap berpegang dengan prinsip status quo, selagi itu muzik lambat mengalami evolusi. Sekian ramainya selebriti-selebriti kulit hitam mula memboikot majlis anugerah muzik paling berprestij dunia ini, siapa tahu akan datang Anugerah Grammy sudah tidak relevan lagi?

Pada akhirnya, malam 13 Februari itu menyaksikan Beyonce dan Adele sebagai mangsa perkauman “tersirat” industri muzik Hollywood.

Grammys-2017-after-match-7-stailMY

Grammys-2017-after-match-8-stailMY

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE