SEARCH

Maya Karin Menyanyi Kembali & Temui Diri Menerusi ‘Getaway’

Maya Karin Menyanyi Kembali & Temui Diri Menerusi ‘Getaway’

Seringkali kita berada di situasi tidak boleh menjadi diri sendiri di dalam perihal kehidupan seharian baik di sekolah, di tempat kerja mahupun antara hubungan sesama manusia. Dalam cubaan menempatkan diri dalam dunia ini, kita mungkin pernah mengorbankan nilai-nilai murni yang menjadi teras kita sebagai individu tunggal. Betapa pentingnya untuk seseorang itu menemukan, mengenali dan menjadi diri sendiri dalam dunia yang penuh kepura-puraan ini, begitulah tema yang cuba diangkat oleh Maya Karin dalam single terbarunya – Getaway.

Sepertinya kita kehilangan jati diri dalam cubaan memenuhi kehendak orang lain. Bak kata Eckhart Tolle, penulis dalam bukunya The Power of Now;

When you lose touch with yourself, you lose yourself in the world”

Maya Karin Getaway by STAIL.MY 1 Kaka AzraffNamun setelah sekian lama memberi perhatian kepada karier lakonan, kerja-kerja kebajikan dan alam sekitar, Maya kini kembali fokus dalam bidang nyanyian. ‘Getaway’ adalah lagu pertama penyanyi merangkap pelakon ini selepas hampir empat tahun sunyi tanpa lagu solo terbaru.

Kali terakhir muncul dengan album solo “Teka Teki” dan lagu khas Hari Raya yang berjudul “Pulang” pada 2014, pelakon yang membintangi Munafik 2 ini juga pernah membuat penampilan khas dalam single “Serik Dengan Cinta” bersama Juzzthin pada 2015 dan “Sinar Ini” kolaborasi bersama Yasin Sulaiman pada 2018.

‘Getaway’ adalah hasil karya komposer dan penerbit Audi Mok bersama penyanyi baru Atilla Hanna atau lebih dikenali sebagai Tilla Hanna. Lagu yang membawakan genre pop moden ini turut menampilkan penyanyi Kaka Azraff selaku rapper dalam lagu tersebut.

Getaway boleh didengarkan di semua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, JOOX dan juga Apple Music bermula 9 November 2018.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE