SEARCH

The Realest Queen, Maya Karin Rela ‘Berkerusi Roda’ Demi Amal Jariah

The Realest Queen, Maya Karin Rela ‘Berkerusi Roda’ Demi Amal Jariah

Maya Karin bersama dua lagi rakan artis – pengacara, Fara Fauzana dan pelantun lagu ‘Donde’, Andi Bernadee teruja mengumumkan penyertaan mereka untuk YOKUK20 Karnival 2019 sempena meraikan ulang tahun ke-20 Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK).

Mereka bertiga bakal memeriahkan dan mengambil bahagian dalam perlumbaan kerusi roda Wheel with Me yang bakal diadakan di Kota Bharu, Kelantan pada hari Sabtu, tanggal 20 Julai 2019, jam 7 pagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FARA FAUZANA (@therealfafau) on

‘Wheel with Me’ bertujuan untuk menggabungkan kedua-dua komuniti orang kelainan upaya (OKU) dan yang upaya bagi menyertai perlumbaan yang menyeronokkan dan mempromosikan gaya hidup sihat ini. Semua masyarakat tanpa mengira darjat diundang untuk mengambil bahagian dalam program amal ini kerana YOKUK ingin terus berkongsi bakat yang tidak ternilai komuniti kelainan upaya di Kelantan kepada semua.

“Tumpuan utama kempen ini adalah kepercayaan kami terhadap kekuatan sukan yang menyembuhkan dan memberi inspirasi. Acara ini bertujuan untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa setiap orang kelainan upaya ada bakat dan kemahiran tersendiri yang mampu dicapai sebagaimana rakan-rakan upaya mereka yang lain,” ucap Datin Suliana Shamsuddin Alias selaku Pengerusi Eksekutif YOKUK.

‘Wheel with Me’ juga akan disertai oleh Azrulkhan Hasrullah atau lebih dikenali sebagai Adam yang terkenal sebagai ‘Spiderman’ yang berjaya menaiki Everest Base Camp pada 2018 dengan hanya menggunakan kedua belah tanggannya. Adam akan ditemani empat atlet Paralimpik Malaysia bagi menyemarakkan lagi acara ‘Wheel with Me’. Komitmen mereka menyertai acara ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap golongan OKU, khususnya di negeri Kelantan.

Andi Bernadee Sanggup ‘Berkerusi Roda’ Demi Amal Jariah

Di berita baik yang lain, Andi Bernadee juga berbesar hati mengumumkan dia akan melakukan persembahan istimewa untuk Karnival YOKUK20 2019 nanti. Penganjur berharap orang ramai akan datang bersama keluarga dan sahabat handai mereka ke karnival ini kerana terdapat banyak aktiviti mesra keluarga yang tersedia.

Terdapat kira-kira 40 gerai menjual pelbagai barangan makanan dan barangan lain termasuk cabutan bertuah, permainan untuk dewasa dan kanak-kanak serta banyak lagi. ‘Pesta Sambutan Hari Jadi’ juga akan diadakan bagi merai 400 kanak-kanak istimewa dengan keberangkatan tetamu di-Raja, Yang Berbahagia Cik Puan Sofie Louise Johansson – isteri kepada YAM Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra – berkenan merasmikan majlis.

YOKUK20 Karnival 2019 ditaja dan dianjurkan bersama DRB HICOM, Pharmaniaga, TNB, Yakult, Milo, BAKASA dan Biskut  Julie’s. Sentiasa ikuti perkembangan YOKUK20 Karnival 2019 di laman Facebook dan Instagram rasmi YOKUK.

Layari yokuk20karnival2019/wheelwithme untuk berdaftar.

Fara Fauzana Sanggup ‘Berkerusi Roda’ Demi Amal Jariah

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE