SEARCH

MEMBAWANG – Menangkapi Esen Masyarakat Di Dalam Sekeping Foto

MEMBAWANG – Menangkapi Esen Masyarakat Di Dalam Sekeping Foto

Antara pameran fotografi yang tidak boleh kamu lepaskan bulan ini, Gentle Rice Journal bekerjasama dengan jurugambar tempatan, John Kam dalam menganjurkan pameran kolaborasi bersama berjudul MEMBAWANG.

Membawa bersama-sama wajah tempatan daripada pelbagai latar belakang dan disiplin, projek seni seumpamanya ini berfungsi sebagai penghormatan kepada semangat, aura dan tenaga yang dirasai John selama masa dia bertugas sebagai jurugambar.

Sama seperti istilah asal ‘membawang’ yang merujuk kepada sekumpulan wanita kampung yang bersama-sama bergotong-royong dan merewang, memasak lauk-pauk perkahwinan yang akan dihidangkan ke seluruh penduduk kampung, siri pameran fotografi ini menggambarkan setiap pertemuan yang berbeza dengan watak-watak yang berbeza, yang akhirnya mempengaruhi dan membentuk hasil kerja John.

John menangkap foto dalam hue hangat dan warna-warna tanah. Terlalu banyak foto yang menggambarkan keadaan cinta yang terang-terangan, terus-terusan memacu kepada mesej kerjasama dan perpaduan. Ia juga adalah peringatan tersirat mengenai komuniti dan masyarakat Malaysia yang saling silang budaya, tanpa mengira kaum, umur, jantina atau latar sosial.

MEMBAWANG menampilkan beberapa wajah popular dari media sosial, termasuk peragawati, Nalisa Amin, jurusolek selebriti, Hammada Bamadhaj dan Nicholas Tan serta beberapa nama yang terkenal di Instagram.

MEMBAWANG akan membuat penampilan pertama di ZHAN, Jaya One bermula 14 sehingga 23 Jun 2019.

MEMBAWANG – Menangkapi Esen Masyarakat Di Dalam Sekeping Foto 1

MEMBAWANG

“Seperti di kampung, marilah kita membawang bersama”

Mendapat inspirasi daripada sifat kerjasama semula jadi yang terdapat pada insan yang bergelar ‘makcik’, ‘kakcik’ dan aunties di kampung semasa mereka bersama sedang menyediakan makanan untuk santapan seisi kampung, istilah ‘membawang’ amat sinonim dengan perbualan kosong atau gosip secara berkumpulan. Demikian, rangkaian foto di pameran MEMBAWANG ini bertujuan sebagai personafikasi nyata daripada pertemuan antara nama dan wajah yang pernah memasuki kehidupan insan seni yang bernama John Kam. Ia memberi kesan yang tak terhapuskan pada karya dan proses kreatif jurugambar yang satu itu. MEMBAWANG adalah penghormatan John Kam terhadap nilai persahabatan, persaudaraan dan sisterhood. Di atas segalanya, kenalan dan teman-teman yang telah banyak menyumbang kepada penghidupan akar seni dan kreatif di Malaysia.

 

MEMBAWANG poster

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE