SEARCH

5 Perkara Tentang Mena Massoud – Disney’s New Aladdin

5 Perkara Tentang Mena Massoud – Disney’s New Aladdin

Akhirnya, Disney mengumumkan muka rasmi untuk Aladdin, seorang pelakon lelaki berketurunan Arab Mesir bernama Mena Massoud. Pengumuman ini diumumkan sendiri oleh Pengerusi Walt Disney, Sean Bailey di laman web rasmi Disney, D23.

Sementara tidak banyak maklumat yang kita perolehi tentang dia, nah saya kumpulkan dahulu 5 perkara yang perlu kamu tahu tentang Mena Massoud, pelakon lelaki yang melakonkan watak sebagai Aladdin:

1 – BERASAL DARI KANADA

Seperti Drake dan Justin Bieber, Mena Massoud berwarganegara Kanada. Dia dilahirkan di Agrabah, Mesir tetapi dibesarkan di Toronto, Kanada. Buat masa ini, dia menetap di Hollywood, California, US.

2 – BERLAKON SEJAK 2011

Mula berlakon sejak 2011, namun baru sahaja berpeluang membuat penampilan dalam filem Hollywood untuk filem Jack Ryan (2014) bersama Chris Pine sebagai pemeran utama. Mena Massoud graduan dalam bidang seni lakonan dari Ryerson University, Kanada.

3 – PECINTA KECERGASAN

Massoud sudah pun melakukan kerja keras untuk watak Aladdin ini. Lihat sahaja laman Instagram dia.

A post shared by @menamassey on

4 – Cabaran sebagai pelakon berwarna di Hollywood

“Saya membesar dalam keluarga yang sangat kontra dengan budaya barat,” kata Massoud pada satu temuramah bersama media Hollywood.

“Ibubapa saya melihat dunia dalam perspektif yang berbeza. Saya membesar dalam kawasan yang mempunyai populasi majoriti kulit putih dan saya rasa sangat bertuah kerana dapat membandingkan perspektif mereka dengan ibubapa saya. Ia membuka pandangan saya melihat dunia.

Sebagai minoriti juga memberi impak yang besar kepada perkembangan karier lakonan saya. Saya tidak boleh bersaing untuk watak yang memerlukan latar belakang pelakon Kaukasian ataupun kulit hitam dan ia sangat membelenggu fikiran saya.

Pun begitu, saya melihat pentas Hollywood sekarang lebih terbuka dalam menerima pelakon berwarna. Namun tak menyanggah kualiti lakonan yang harus saya sampaikan,” jelas dia bersungguh-sungguh.

5 – ROBIN WILLIAMS SEBAGAI IDOLA DAN PENGARUH UTAMA

“Dia pelakon yang paling versatil. Saya membesar di zaman ketika dia berlakon sebagai Mrs. Doubtfire. Saya boleh katakan dia pengaruh terbesar dalam karier lakonan sehingga saya sanggup berpindah dari University of Toronto untuk mendalami seni lakonan di Ryerson University,” akhiri Mena Massoud.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE