SEARCH

Meriah Bersama ‘RAYA HD’ Sempena Syawal 2018 oleh Astro

Meriah Bersama ‘RAYA HD’ Sempena Syawal 2018 oleh Astro

Kesinambungan kempen ‘Meriah Bersama’ di saluran khas, RAYA HD – Astro menghimpunkan pengisian komprehensif termasuk kandungan premium dan digital di kesemua platform, iklan komersial raya serta liputan komprehensif 64 perlawanan Piala Dunia FIFA 2018 Rusia di sepanjang Syawal 2018.

“Musim perayaan adalah masa terbaik untuk ikatan persaudaraan. Tradisi meluangkan masa dan berkumpul bersama keluarga tercinta serta sahabat handai sambil menonton aneka rancangan Raya di televisyen juga sudah menjadi keperluan bersama-sama,” ujar Dato’ Khairul Anwar Salleh, Naib Presiden dan Ketua Bahagian Melayu & Nusantara, Astro.

Bagi memanfaatkan semangat kemeriahan tersebut, Astro menyemarakkan lagi pengisian kempen ‘Meriah Bersama’ dengan membariskan program-program terhebat merangkumi rancangan hiburan, kandungan premium dan digital, termasuklah liputan sukan dan berita di kesemua platfrom yang dimiliki Astro.

Sebagai tanda penghargaan juga, Astro memperkenalkan pula saluran ‘Raya HD’, khusus dan istimewa untuk semua pelanggan tanpa sebarang bayaran tambahan sepanjang Syawal. Pastinya sambutan raya pada tahun ini akan lebih bermakna dengan kandungan Raya yang amat meriah bersama RAYA HD.

RAYA HD BY STAIL.MY 1

5 FAKTA RAYA HD & KEMPEN ‘MERIAH BERSAMA’ ASTRO SEPANJANG SYAWAL 2018

1) Ramadan HD di Saluran 122 yang disiarkan secara percuma kepada semua pelanggan Astro dan NJOI sejak 12 Mei lalu akan ditukar kepada ‘Raya HD’ selama sebulan bermula 14 Jun sehingga 15 Julai 2018.

2) Untuk pengisian raya pada tahun ini, pelbagai program hebat telah diselaraskan merangkumi kandungan eksklusif di platform digital, televisyen, radio dan acara lapangan bagi memberikan hiburan berterusan dan menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri kali ini.

3) Khas buat peminat sukan bola sepak pula, Raya tentunya lebih meriah dengan liputan kesemua 64 perlawanan yang dibawakan secara eksklusif oleh Astro selaku penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia, yang kebetulan jatuh sewaktu musim perayaan ini.

4) Pilihan yang fleksibel, kesemua pengisian ini turut boleh diakses menerusi ruang digital dan perkhidmatan ‘OTT’.

5) Kelainan untuk kempen Raya tahun ini, Astro membawakan iklan Raya sempena Aidilfitri 2018 berjudul ‘Gaya Raya Paling Ori’ (GRPO) yang padat dengan mesej kekeluargaan dan persahabatan dalam bentuk komedi santai tetapi penuh bermakna. Bahang kehangatan Piala Dunia FIFA 2018 juga turut diselitkan menerusi jalan cerita iklan komersial ini.

PROGRAM-PROGRAM MENARIK SEPANJANG SYAWAL 2018 OLEH ASTRO

1) Saluran ‘Raya HD’ bakal membawa ‘Bonanza Raya’ pada malam raya (dijangka jatuh pada 14 Jun 2018) yang menawarkan wang tunai untuk dimenangi dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah.

Sebagai bonus, program ini turut disiarkan secara serentak di Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Oasis (106), Astro Citra (131), Astro Warna (132) dan Astro Bella (133).

2) Antara program hiburan muzikal yang disajikan termasuklah Gegar Raya Vaganza, Caca Marba Glamour Raya dan Rumah Terbuka AF2018.

3) Drama-drama hebat keluaran Astro, antaranya Ti Amo Sweetheart 100 Hari (Neelofa, Zul Ariffin & Scha Alyahya) dan Awak Suka Saya Tak Raya (Emma Maembong & Alvin Chong).

4) Barisan telefilem menarik seperti Pok Ya Cong Codei Siti Di Hati (Sabri Yunus), Matilanak (Sepahtu, Mark Adam, Mat Dan), Bini Aku Dari… (Sharifah Sakinah & Aiman Hakim), Renyai Takbir Raya (Aaron Aziz, Sharifah Sakinah, Anzalna Nasir) dan Batang Buruk Batu Lesung (As’ad Motawh & Ismail Izzani).

5) Program komedi seperti Sepahtu Reunion Al Raya, Muzikal Lawak Raya, Bocey & Friends Raya Lah Pulak, Pangggung Karoot Pok Ya dan Opocot Melatah Raya.

RAYA HD BY STAIL.MY 2

6) Program kanak-kanak dan animasi juga turut ditayangkan merangkumi Ceria Megastar Raya, Omar & Hana serta Oh My Family Raya.

7) Filem-filem pecah panggung turut menemani penonton sepanjang Aidilfitri ini seperti Abang Long Fadil 2, Pinjamkan Hatiku, Tombiruo, Snow White & Huntsman, Kuch Kuch Hota Hai, Kabhi Khushi Kabhie Gham, Jurassic World, Bahubali, Bad Genius dan Zombie Fighters.

8) Astro First turut bersama-sama meraikan kedatangan Syawal dengan mempertaruhkan filem televisyen bergenre seram-komedi yang berjudul ‘The Hantus’ untuk dilanggan bermula Hari Raya Pertama (15 Jun 2018). Filem ini adalah arahan dan terbitan pelakon komedi dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad.

9) Astro Radio menerusi ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri dengan mengudarakan program-program menarik sepanjang bulan Syawal dan acara lapangan bersama penyampai-penyampai radio mereka.

10) Astro Show tidak ketinggalan dengan membariskan dua filem terbaharu iaitu Hantu Kak Limah 3 bermula 9 Ogos 2018 dan Polis Evo 2 untuk tayangan hujung tahun ini di pawagam seluruh Malaysia.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE