SEARCH

Mesej Manusiawi Dalam Filem ‘Apprentice’ – Lakonan Berkarisma Mendalam Wan Hanafi Su & Fir Rahman

Mesej Manusiawi Dalam Filem ‘Apprentice’ – Lakonan Berkarisma Mendalam Wan Hanafi Su & Fir Rahman

apprentice2_stailmy

Suka saya bicara perihal filem ini. Kali pertama menonton trailer, saya jadi kagum. Belum pernah lagi saya lihat filem yang mengangkat tukang algojo sebagai pameran utama. Lagi-lagi ia antara filem Asia yang terpilih untuk tayangan perdana di Festival Filem Cannes ke-69, Mei lepas. Cukup teruja.

Nampaknya Boo Junfeng (32) berjaya menepis hal-hal klisé filem Melayu dengan membawa tema manusiawi yang sangat berat yakni ‘hukuman gantung sampai mati’. Sutradara asal Kota Singa ini benar-benar meletakkan takrif matang dalam karya terbarunya yang satu ini.

apprentice3_stailmy

‘Apprentice’ berkisahkan kehidupan seorang pegawai penjara muda berbangsa Melayu Singapura, Aiman (Fir Rahman) dan hubungan dia dengan si tukang algojo yang semakin menua, Rahim (Wan Hanafi Su). Mereka berdua bekerja bersama dalam ‘Larangan Prison’, penjara dengan sistem kawalan dan undang-undang paling ketat di negara pulau ini.

Aiman yang kehilangan bapa sewaktu kecil amat mengagumi dan memandang tinggi Rahim selayaknya seorang bapa dan mentor. Wibawa Aiman yang menyerlah pula sedikit sebanyak membuatkan Rahim memilihnya sebagai PERINTIS yang paling sesuai untuk mengganti jawatannya sebagai tukang algojo; jawatan meragut nyawa yang tak ramai orang mahukan ini, pabila dia sudah bersara kelak.

Namun konflik mulai terbit tatkala kakak sulung Aiman, Suhaila (Mastura Ahmad) membuka pekung di dada dan membongkar peristiwa silam pasal kematian bapa mereka. Segalanya berubah selepas berita yang menggoncang itu, ‘Larangan Prison’ kini bukan lagi sekadar penjara fizikal yang perlu Aiman kendali, ia berubah menjadi penjara emosi yang membungkam sanubari. Aiman kini harus menjalani perjalanan menemukan diri.

Ikuti perjalanan Aiman mencari makna antara kehidupan dan kematian dalam ‘Apprentice’ yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula hari ini, tanggal 23 November 2016.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE