SEARCH

6 Fakta Paris Jackson, Satu-satunya Anak Perempuan Michael Jackson

6 Fakta Paris Jackson, Satu-satunya Anak Perempuan Michael Jackson

Bertahun lamanya, tidak ramai yang mengenali Paris Jackson, selain fakta yang dia adalah satu-satunya anak perempuan raja pop dunia, Michael Jackson.

Sedari kecil, identity Paris dikawal ketat daripada pengetahuan umum. Hanya gambar-gambar dia bersama Michael Jackson di sekitar majlis-majlis anugerah atau sekadar dalam kostum Halloween sahaja yang pernah dipertontonkan.

Semasa kematian bapanya, Paris yang sewaktu itu baru berusia 11 tahun membuat ucapan di televisyen, “Sejak kecil, ayah adalah ayah yang terbaik di dunia untuk saya,” ucapnya.

“Dan saya hanya ingin memberitahu betapa saya sangat sayangkan dia,” ujar Paris lagi. Kini Paris Jackson sudah pun berusia 19 tahun, Paris membesar menjadi individu yang masih lagi misteri di mata Hollywood.

Nah saya kumpulkan 6 Fakta menarik tentang Paris Jackson sebagai satu-satunya anak perempuan Michael Jackson, untuk pengetahuan kamu, seperti yang tertera:

 

anak perempuan Michael Jackson Paris Jackson by STAIL.MY 1

1 – Aktif dalam dunia peragaan dan lakonan

Membaca bio Instagramnya, Paris adalah peragawati di bawah WME-IMG, agensi permodelan khusus dalam bidang hiburan, sukan dan fesyen. Setakat 2017, Paris telah pun menghiasi muka depan beberapa majalah terkenal dunia seperti Vouge Australia, Teen Vogue, iD Magazine dan Rolling Stone.

 

anak perempuan Michael Jackson Paris Jackson by STAIL.MY 2

2 – Penggemar tatoo

Paris Jackson juga mempunyai lebih 50 cacahan tatoo di badannya. Dalam satu temuramah bersama Rolling Stone, Paris memberitahu terdapat sekurang-kurangnya sembilan tatoo yang didedikasikan untuk mendiang Michael Jackson, termasuk logo album “Bad” (1987).

 

anak perempuan Michael Jackson Paris Jackson by STAIL.MY 3

3 – Aktif dalam aktiviti sukarelawan

Paris sedar yang dia lahir dalam keluarga muzik yang berpengaruh di Hollywood. Sama seperti bapanya (yang juga aktif dalam aktiviti sukarelawan), Paris lantang bersuara tentang topik-topik hangat, menolak perkauman dan ketidakadilan. Selain itu, dia juga aktif dalam organisasi bukan kerajaan yang membela nasib kaum peribumi Amerika dan seorang aktivis perubahan iklim.

 

anak perempuan Michael Jackson Paris Jackson by STAIL.MY 4

4 – SAYANG KELUARGA

Sempena berpindah setelah mencapai usia 18 tahun, Paris berkongsi gambar rumah agam yang didiaminya di Calabasas, California yang didiami bersama nenek yang tercinta, termasuk keluarga besar mereka.

 

anak perempuan Michael Jackson Paris Jackson by STAIL.MY 5

5 – Seperti bapanya, Paris meminati muzik

Di temuramah bersama Rolling Stone, peminat mendapati Paris pandai bermain beberapa alat muzik termasuk gitar akustik. Dia juga menulis beberapa buah lagu, yang juga dinyanyikannya sendiri. Walaubagaimanapun, dia hanya bermain muzik secara liburan. Buat masa ini dia belum lagi bercadang ingin serius atau mengikat kontrak dengan mana-mana rumah rakaman muzik di Hollywood.

 

anak perempuan Michael Jackson Paris Jackson by STAIL.MY 6

6 – friendly person

Stalking her Instagram, dapat kita simpulkan yang Paris Jackson adalah seorang gemar berkawan. Sama seperti remaja kebanyakan yang lain, dia juga melepak bersama rakan-rakan. Ini gambar dia bersama sahabat baik di Disneyland.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE