SEARCH

Nothing Breaks Like a Heart, Miley Cyrus & Liam Hemsworth Akhirnya Break-Up 💔

Nothing Breaks Like a Heart, Miley Cyrus & Liam Hemsworth Akhirnya Break-Up 💔

Wakil Miley Cyrus mengesahkan tentang perpisahan antara Miley dan suaminya, Liam Hemsworth dalam satu kenyataan kepada E! News minggu ini: “Liam dan Miley bersetuju untuk berpisah buat masa ini.”

Cyrus dan Hemsworth baru sahaja berkahwin Disember tahun lalu di kediaman mereka di Franklin, Tennessee. Mereka mula bercinta sejak berlakon bersama untuk filem ‘The Last Song’ (2010). Perhubungan cinta mereka boleh dikatakan putus-sambung sejak itu, sehinggalah mengikat tali perkahwinan tujuh bulan yang lalu.

Nothing Breaks Like A Heart, Miley Cyrus & Liam Hemsworth Akhirnya split up

Namun, setidaknya untuk saat ini, Miley Cyrus & Liam Hemsworth bersepakat untuk ‘memberhentikan’ perkahwinan mereka.

Nampaknya untuk mengatasi berita perpisahan ini yang kian meliar dan bagi membersih udara daripada sebarang fitnah, Cyrus menulis,

 Jangan melawan evolusi kerana kamu tidak akan pernah menang. Seperti gunung ini yang saya berdiri di atasnya, dahulunya berada di bawah laut, terhubung dengan Afrika, PERUBAHAN tidak dapat dihindari. Batuan Dolomit tidak tercipta dalam hanya satu malam, ia mengambil masa jutaan tahun bagi memahat (alam semulajadi) seindah ini.”

Mungkinkah ‘PERUBAHAN’ yang dicanangnya itu adalah satu klu/petunjuk kepada peralihan seksualiti Miley Cyrus? mungkinkah miley cyrus adalah lesbian?

Baru-baru ini, pelakon Hannah Montana itu tertangkap lensa paparazi, kelihatan sangat akrab dengan bekas isteri Brody Jenner iaitu Kaitlynn Carter ketika mereka menikmati tempat berjemur bersama di bawah sinaran mentari, ketika percutian Itali.

Miley Cyrus and Kaitlynn Carter kissing

Miley cuba melindungi wajahnya dengan topi semasa mereka sedang ‘berintiman’ & seakan-akan bercumbuan

Kaitlynn juga dilaporkan baru sahaja berpisah dengan suami, Brody Jenner setahun lalu. Namun pasangan ini tidak pernah mendaftar perkahwinan mereka secara rasmi di US, melainkan hanya melangsungkan upacara perkahwinan di Bali, Indonesia.

Scott Newman selaku wakil kepada anak lelaki kepada Caitlyn Jenner itu mengesahkan mereka tidak lagi bersama. Kaitlynn dan Brody memutuskan untuk ‘berpisah secara damai’. Brody pun sempat bercanda bahawa fotonya bersama Liam berpegang tangan bakal menyusul kelak.

Walau apa pun yang terjadi, insiden ciuman ini mungkin suatu pelepasan (escapism) yang ingin dirasai Miley Cyrus (apa sahaja perkara aneh yang dia tak pernah lakukan, bukan?) selepas perpisahan bersama Liam Hemsworth. Atau mungkin ia adalah satu transisi seksualiti yang sedang dieksplorasi Miley Cyrus?

Sama-sama kita nantikan debaran demi debaran, berkaitan ‘gadis liar’ yang bernama Miley Cyrus ini, di berita-berita kontroversi mendatang.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE