SEARCH

Misteri Dilaila Memberi Nafas Baru Filem Seram Malaysia

Misteri Dilaila Memberi Nafas Baru Filem Seram Malaysia

Apa yang ingin disampaikan oleh Syafiq Yusof dalam filem arahan terbarunya iaitu Misteri Dilaila yang dikhabarkan terdapat dua penamat berbeza? Filem Misteri Dilaila memberi nafas baharu buat industri filem apabila pengakhiran ceritanya yang cukup lari daripada klise dan plot penceritaan yang jarang-jarang diketengahkan pengarah lain.

Misteri Dilaila

Dibintangi oleh Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Rosyam Noor dan juga Sasqia Dahuri, Misteri Dilaila mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth) yang bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser. Ketika menginap di banglo tersebut, Jefri diganggu kejadian aneh. Tiba-tiba isterinya hilang. Hasil bantuan Imam Aziz (Namron), isterinya berjaya ditemukan semula namun Jefri terkejut apabila wanita yang muncul itu bukan isterinya.

Syafiq Yusof berjaya memukau penonton dengan kejutan yang diberikan. Netizen menunjukkan reaksi yang sangat positif selepas hari pertama tayangan dan cukup membanggakan selepas empat hari tayangan, Misteri Dilaila mengutip sebanyak RM4 juta.

Bertempat di Fraser Hill yang sering dijadikan lokasi eskapisme warga kota yang ingin merehatkan minda seketika. Cuaca dingin, sejuk dan menyamankan membuatkan lokasi itu menjadi tumpuan. Malah, yang membuka mata penonton ialah sebuah banglo agam yang ada kisah di sebaliknya. Filem ini juga direka khas memberi lagi feel seram seperti hiasan dalam rumah banglo yang sering kali sinonim dengan filem-filem seram keluaran negara luar.

Tidak lupa juga babak horror jumpscare ini di mana hantu tiba-tiba muncul tanpa disedari yang membuatkan penonton berasa cemas dan cuak. Produksi filem terbitan Astro Shaw ini benar-benar teliti dalam memilih lokasi, props, pelakon dan suntingan selepas filem ini siap penggambaran.

Syafiq menyatakan sebab dia mengarahkan dua penamatan bukan untuk “menghasilkan wang” tetapi untuk menghiburkan penonton. Tidak seperti filem lain yang mempunyai penamat alternatif yang hampir tidak mengubah riwayat filem tersebut, ‘Akhiran Misteri Dilaila’ tidak berkait dengan satu sama lain.”

Setiap penamatan berakhir dengan kelainan plot dan konsep, serta pertumbuhan karakter. Maksudnya, bergantung kepada versi filem yang kamu tonton, kamu mungkin akan mendapat filem yang berbeza berbanding dengan orang yang menonton versi lain.

Jadi, jangan lupa saksikan filem another level arahan Syafiq Yusof ini bermula 21 Februari. Misteri Dilaila akan ditayangkan di lebih 100 buah pawagam di tiga negara, Malaysia, Singapura dan Brunei. Malah, filem ini akan turut memasuki pawagam Indonesia lagi tiga minggu.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE